Bandar Seri Bandi Perlukan Pejabat Pos dan Khidmat Perbankan

4371

Oleh : Moha Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Penduduk di Bandar Seri Bandi merayu kepada pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas yang sehingga kini tidak dapat dinikmati sepertimana kampung lain telah lama merasainya.

Menurut salah seorang penduduk, A Jasmi Ibrahim, 51 tahun (gambar, kiri) antara kemudahan asas yang masih menjadi impian penduduk di sini ialah sebuah Pejabat Pos dan sebuah institusi perbankan.

DSC_0180“Bandar Seri Bandi ini kalau tidak silap saya dibuka pada tahun 1979, sehingga kini, 36 tahun masih tidak mempunyai Pejabat Pos untuk memudahkan urusan seharian penduduk di sini,” ujarnya ketika ditemui.

A Jasmi berkata, “disini ada seramai 7,000 penduduk yang agak ramai dan saya merayu kepada pihak kerajaan supaya cakna sedikit masalah ketiadaan Pejabat Pos dfan institusi perbankan ini, sudah hampir 60 tahun kita merdeka,” katanya lagi.

Beliau menghdarap ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said dapat berbincang dengan Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat untuk menyediakan sebuah Pejabat Pos dan sebuah institusi perbankan.

Sekarang segala urusan penting penduduk di Bandar Seri Bandi terpaksa pergi ke Bandar Kijal ataupun Chukai, Kemaman dan ini amat menyulitkan penduduk.

Beliau berkata demikian semasa ditemui bersama ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat yang kebetulan berada di Bandar Seri Bandi untuk satu program bersama masyarakat di sana, semalam.