Disusun Oleh : MNA
Semua soalan-soalan dan jawapan-jawapan ini disediakan secara ringkas bagi makluman rakyat tanpa mengubah maksudnya.
A. Soalan Bertulis


1. Perkembangan Projek Industri Petrokimia di Pulau Kerengga yang telah dirancang pada 1993 antara kerajaan dengan Asia Pacific Refinery (APR). Adakah akan diteruskan atau dibatalkan dan mengapa?
J: Kelulusan telah ditarik balik. Ada 400 hektar telah direzabkan untuk pembangunan industri di Pulau Kerengga. Sebab pembatalan kerana gagal memenuhi syarat kerajaan negeri.
2. Senarai IPT yang akan dibangunkan di Kawasan Perindustrian Bukit Kor Marang?
J: 1)Universiti Malaysia Terengganu. 2)Industri Latihan Kemahiran SAFA. 3)Open University Malaysia (UNITEM). 4)Akademi Caddcam Sdn. Bhd. 5)Nilam Healthcare Education. 6)Kolej Teras Timur. 7)Cosmo Mecantile Sdn. Bhd. Semua proses bergantung kepada pihak IPT tersebut.
Batu Burok – Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
1. Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri bagi mengatasi masalah Mat Rempit di Terengganu?
J: Program Cakna Belia (Sprint Test), Penguatkuasaan bersama dengan PDRM dan JPJ, Program Community Policing (kerjasama dengan penduduk kampung) dan Konsep Engineering (seperti bina bonggol, buat pembahagi jalan).
Wakaf Mempelam – Haji Mohd Abdul Wahid Endut
1. Nyatakan jumlah loji air bersih di Terengganu dan adakah kerajaan mahu menambah bilangannya?
J: 12 buah di seluruh negeri dan akan menambah lagi dua di Bukit Berapit K. Nerus dan Bukit Sah Kemaman.
Bukit Tunggal – Dr Alias Razak
1. Jumlah saham FGV (Felda Global Ventures) yang dimiliki oleh agensi kerajaan negeri
J: Yayasan Islam 16.455 juta unit dan PTB Ventures 60 ribu unit.
Bukit Payong – Ustaz Mohd Nor Hamzah.
1. Apakah tindakan yang telah diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di Pekan Bukit Payong. khusus di simpang masuk LPT2 sehingga kini?
J: Kerajaan negeri melalui JKR negeri menunggu peruntukan kerajaan pusat untuk baiki sistem perairan. Baru mohon peruntukan pada tahun 2015. Jabatan Pengairan dan Saliran juga sedang laksana Projek Tebatan Banjir di sekitar Bukit Payong Sungai Seluang dan Sungai Buaya.


1. Nyatakan jumlah unit, sewa dan harga jual di tiga flat di Ladang, Ladang Gemilang 1 dan 2 serta Ladang Tok Pelam. Apakah kriteria pemilihan untuk menyewa/membeli pangsapuri itu.
J: Kos Rendah Ladang Gemilang 1 ada 192 unit dengan kos RM23.4 juta – Sewa RM300 sebulan – Harga Julan RM75 ribu. Kos Sederhana ada 88 unit dengan kos 16.04 juta – Sewa RM850 sebulan – Harga Jualan RM 260 ribu. Kos Rendah Ladang Gemilang 2 ada 192 dengan kos RM42.3 juta – Sewa RM320 sebulan – Harga Jualan RM80 ribu. Pangsapuri Ladang Tok Pelam ada 407 unit dengan kos RM101.4 juta – Harga Jualan RM225 ribu hingga RM248 ribu dan tiada sewaan disediakan. Kriteria pembeli ialah seperti pemilik tanah, rumah sendiri, keluarga besar, penyewa rumah. Manakala untuk Ladang Tok Pelam dibuka kepada Bumiputera Terengganu, kakitangan kerajaan.
Tepoh – Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
1-Perkembangan Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring dan kosnya
J: Status sekarang 1.22% bermula 15 Mac 2015 dengan kos RM87 juta dan dijangka siap 11 Mac 2018.
2. -Perancangan kerajaan bagi menangani masalah banjir di persimpangan UMT dan Unisza.
J: Juru perunding telah dilantik dan kajian dijangka siap pada 2016 untuk masalah di UMT dan tender bagi system saliran di Unisza telah dikeluarkan melalui JPS.
3. Perkembangan projek pembinaan benteng pemecah ombak di belakang UMT, bila akan siap, kos dan berapa jumlah benteng yang dibina.
J: Projek telah siap 63.65% kurang 6% daripada perancangan (69.8%). Jangka siap pada 7 April 2016 dengan empat benteng yang dibina dengan kos RM70.5 juta.
Rantau Abang – Hj Alias Harun
1. Usaha kerajaan dalam menangani kekosongan jawatan di JKM bagi mempercepatkan proses bantuan dalam kes-kes bencana. Berapa kekosongan yang baru dan lama yang septutnya diisi mengikut gred.
J: Kekosongan – Peg. Pembangunan Masyarakat S41 (2 kekosongan telah diisi 1) Pen. Peg. Pembangunan Masyarakat S27 (4 kekosongan dan belum diisi). Bagi kerajaan negeri pula Pembantu Awam H11 (7 kekosongan telah diisi 2) Pembantu Operasi N11 (10 kekosongan telah diisi 7) Pemandu (7 kekosongan telah diisi 6).
B. Soalan-Soalan Bertulis Wakil Rakyat PAS Yang Ditolak
Batu Burok – Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
1. Nyatakan kedudukan terkini Projek Taman Ilmu di Besut.
Wakaf Mempelam – Haji Mohd Abdul Wahid Endut
1. Adakah kerajaan akan berlaku adil dan telus dalam menyalurkan peruntukan untuk semua Adun?
2. Nyatakan jumlah pemberian dan Geran Kerajaan Persekutuan yang diterima oleh Negeri Terengganu dari 2010- pertengahan 2015 mengikut jenis-jenisnya di bawah Peruntukan Perbendahaaran.


1. Berapakah keluasan dan bayaran pengambilan tanah untuk cadangan projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Marang di Bukit Kor, Marang, Terengganu?
2. Keadaan Pusat Akuatik MBKT yang dikatakan tidak selamat dan ketika mula-mula dibina, ia sudah dinyatakan tidak mengikut piawai oleh Menteri Kerjaraya Datuk Shazmiman Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR). Sudah ada laporan tentang pembinaannya yang tidak mengikut piawai dan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan oleh JKR sekitar tahun 2009 setahun selepas ia siap dibina. Apa yang telah dilakukan dengan laporan dan jawatankuasa itu? Apakah tindakan undang-undang yang telah kerajaan negeri ambil ke atas pihak terbabit dan jika PAMBKT ini perlu dibaiki, siapa yang akan menanggungnya?
3. Berapakah harga pembelian Chicken Cottage di London yang telah dibayar oleh kerajaan negeri dan pihak manakah yang menjadi perunding bagi pembelian tersebut
4. Berapakah kerugian yang telah ditangung oleh kerajaan dalam program e-Book dan apa yang kerajaan bercadang akan dilakukan dengan e-Book yang telah diedarkan jika program ini diganti.
Ladang – Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar
1. Nyatakan kemajuan Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar, kompoenen yang dirancang serta bila akan siap?
2. Berapakah unit kedai yang telah siap dibina oleh kerajaan atau swasta sejak 2010 sehingga sekarang? Berapakah yang diperuntukan bagi bumiputera supaya mereka tidak terpinggir?
3. Unisza dan UMT ada membuat kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan negeri Terengganu. Apakah kerajaan negeri akan mengambil atau mengguna pakai hasil kajian itu?
Chukai – Haji Hanafiah Mat
1. Tindakan kerajaan dalam menangani pemberhentian kerja kakitangan Perwaja Steel yang tidak terima pampasan.
Tepoh – Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
1. Apakah status cadangan pembinaan litar lumba, bila jangka siap dan kos.
Sura – Wan Hafandi Wan Nik
1. Apakah kerajaan negeri sedar susur keluar LPT2 ke Kuala Dungun melalui Serdang sempit dan selalu berlaku kemalangan. Apakah tindakan kerajaan?
C. Soalan-Soalan Lisan Wakil Rakyat PAS Yang Sempat Di jawab


1. Apakah status terkini telaga minyak Blok PM 307 Bertam dari sudut pemilikannya serta setakat manakah proses carigalinya telah dilaksanakan? Sudah ada perjanjian dengan kerajaan negeri dan pusat pada tahun 70-an iaitu royalty 5% kepada kerajaan negeri. Jadi sejauh manakah kerjaan negeri menegaskan hal ini kepada pusat? Soalan tambahan Haji Mohd Abdul Wahid – Adakah kerajaan negeri mahu menuntut 20% royalty seperti Sarawak dan sejauh manakah kerajaan mahu meneruskan saman kepada kerajaan pusat dan kedudukan kes saman itu.
J: Masih lagi dalam proses perbincangan dengan Petronas. Akan bertemu dua kali setahun. Kerajaan negeri masih dalam penelitian. Kes saman kerajaan pusat telah ditarik balik oleh kerajaan negeri dan kerajaan tidak berhasrat untuk minta 20% seperti Sarawak.
Batu Burok – Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
1. Apakah perkembangan terakhir Projek Pembangunan Pusat Bebas Cukai di Kenyir? Soalan Tambahan oleh Haji Mohd Abdul Wahid apakah barangan yang akan dijual di kawasan bebas cukai itu? Dan mendakwa sememangnya Adun –Adun PAS datang melihat sendiri yang burung-burung di Taman burung itu mati.
J: Exco Pelancongan Dato’ Mat Jidin Shafee: Pakej Pulau Bayas 65% Pakej Pengkalan Gawi – Kastam 100% siap. Manakala pembangunan Merina 30%. Perniagaan dijangka bermula pada Januari 2016 walaupun projek sepatutnya siap pada bulan Mac. Akui memang ada banyak kematian burung di Taman Burung sehingga tinggal 22 spesis sahaja. Kerajaan akan menjual ARAK dan rokok di kawasan bebas cukai selain pakaian dan barangan lain.
Soalan-soalan lain daripada Adun-Adun yang lain tidak dapat dibacakan setelah masa soal jawab selama satu jam yang diperuntukan dalam peraturan DUN tamat setelah selesai soalan Adun Batu Burok ini. Semua soalan lisan yang tidak dapat dibacakan akan dijawab melalui jawapan bertulis oleh exco-exco yang terlibat.



























