Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Para anggota Muslimat PAS negeri Terengganu digesa merebut peluang untuk bersama-sama memberikan saham bagi meningkatkan kerja-kerja dalam Lujnah Penerangan.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin berkata, Muslimat harus mengambil kesempatan dan peluang dalam kemajuan teknologi maklumat masakini untuk melaksanakan tugas penerangan.


“idea dan tenaga kearah memantapkan kerja-kerja penerangan,”ujarnya
Beliau berkata demikian pada program percambahan pemikiran (Brainstorming) Lujnah Penerangan dan Hubungan Media Muslimat PASTerengganu di Kuala Ibai, pada Sabtu 8 Ogos.
Turut memberikan suntikan semangat kepada para peserta program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali.
Beliau berkata, Muslimat mestilah bertindak pro-aktif dalam melaksanakan usaha-usaha penerangan dengan mengambil perhatian kepada isu-isu semasa.
“kita mahu melihat muslimat lebih peka dengan isu isu semasa dan boleh menyampaikan setiap isu penting kepada rakyat bawahan,
“yang memangnya tiada pengentahuan dan tidak menerima maklumat berkaitan isu yang menjadi tajuk hangat terutama isu isu yang menjadikan rakyat tertekan antaranya GST,”jelas Yahaya.


Katanya, Muslimat perlu benar-benar faham tentang sesuatu isu sebelum membawanya ke dalam masyarakat, agar ia lebih berkesan.
“penerangan dan media seiring dalam merealisasikan hasrat parti terutama dalam mencernakan isu -isu untuk di bawa ketengah masyarakat yang akan memberi keuntungan kepadda PAS,”katanya.
Program di teruskan dengan pembentangan pelan tindakan dari semua wakil kawasan adalah persiapan jentera Muslimat PAS Terengganu bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 yang akan datang.




























