KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato’ Mustafa Ali berkata Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHHP) akan diberikan lebih banyak ketusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, tidak sukar kepada DHPP untuk menyenaraikan calon-calon yang berkelayakan dan ‘boleh menang’ kerana DHPP mempunyai lebih 18, 000 ahli.
“DHPP akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang, dia orang Tanya saya, macamana…….(DHPP nak senarai calon), DHPP mana ada orang,
“saya kata DHPP sekarang ada 18,000 ahli……takkan lah dari 18,000 nak cari 20 orang ahli (untuk bertanding) misal kata…..payah sangat?,”jelasnya.


Katanya, DHPP akan bertanding di mana-mana tempat yang munasabah termasuk melawan calon Barisan Nasional atau DAP dan lain-lain.
Sehubungan itu, Pengerusi DHPP Terengganu Dr. Bala Chandran GK ketika mengulas perkara tersebut berkata, DHPP akan membuat persiapan bagi melengkapkan Dewan tersebut dan melayakkan ahli-ahlinya untuk menjadi calon.
“Pertamanya kita perlu memperkuatkan diri kita (DHPP) dahulu, kita kena pastikan diri kita kuat dan proses dalam dua tahun ini kita nak memperkasakan diri kita dahulu,
“kita perlu melayakkan diri kita untuk menjadi calon (kerana) memang PAS akan beri (kerusi) untuk calon (kepada DHPP sebagaimana masa yang lalu,”katanya.
Walaupun mungkin, kata beliau, DHPP tidak dipandang ‘cukup kuat’ berbanding tokoh-tokoh DAP tetapi, ahli-ahli DHPP akan beristiqamah berada dalam PAS dan melaksanakan arahan dengan sebaiknya.
Beliau menegaskan, niat seseorang ahli dalam PAS termasuk DHPP adalah untuk memperjuangkan Islam, bukan hanya untuk menjatuhkan BN semata-mata.


“mereka yang hanya niat untuk menjatuhkan BN akan menggadaikan segala prinsip dan nilai hidupnya apabila perkara tersebut dilihat gagal,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan dan tindakan bekas Pengreusi DHPP yang yang juga didakwa sebagai pengasas DHPP, Hu Pang Chow.
“dan dalam niat (serta usaha yang diambil dalam) memperjuangkan Islam……BN itu akan tumbang dengan sendirinya,”tambah beliau yakin.
Menurutnya, ada yang ‘tidak kena’ dengan bekas pemimpin DHHP itu, sejak dari dahulu lagi, apabila beliau sering membuat kenyataan yang menolak usaha-usaha PAS untuk memertabatkan perlaksanaan undang-undang syariah.
“memang tak kena dengan dia…..dari dulu pun dia kata, sekiranya kita melaksanakan Hudud (PAS akan hilang) 25,000 orang sokongan,
“ituadalah satu kenyataan politik yang terlalu biasa, sedang PAS ini adalah berbeza kerana PAS adalah parti politik yang berwahyu,”tegasnya lagi.
https://youtu.be/bh7HqMI9FA0





























