Krisis Yaman; Rundingan PBB Bermula Tanpa Pemberontak Houthi

1053

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah membuka rundingan di Geneva mengenai konflik di Yaman tetapi tanpa kehadiran wakil pemberontak Houthi.

Wakil Houthi yang dilaporkan akan tiba pada malam Ahad tetapi dijangka hadir pada petang Isnin.

Ban memberi amaran bahawa “dalam mana pihak-pihak bertelagah, Yemen telah terbakar” dan menggesa gencatan senjata kemanusiaan serta-merta.

Dianggarkan 20 juta rakyat Yaman memerlukan bantuan berikutan pertempuran berlaku berbulan-bulan antara pihak yang bertelagah.

yemen geneva talkKeadaan kemanusiaan telah digambarkan sebagai “bencana” oleh PBB, dengan lebih daripada 2,000 orang terbunuh dalam konflik itu.

Ketika merasmikan rundingan tersebut, Ban berkata,”Hari ini kewujudan Yaman sangat bergantung dalam perundingan tersebut.”

Beliau menggesa tindakan kepada tiga bidang utama; “Pertama, berhenti perang seketika untuk bantuan kemanusiaan diperbaharui dan untuk memberikan bantuan kritikal serta mencapai semua warga Yaman yang memerlukan dan menangguhkan perang di Yaman sempena bulan suci Ramadan bermula.

“Kedua, saya menyeru kepada pihak-pihak untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata tempatan. Ketiga, saya menyeru mereka untuk meneruskan peralihan politik yang aman dan teratur dan memastikan proses itu termasuk perwakilan lebih daripada pihak yang berlainan pegangan politik (termasuk), wanita, belia dan masyarakat sivil.”

Agensui berita BBC melaporkan wakil Houthi meangguhkan kehadiran kerana ruang udara pesawat boleh terbang yang terhad.

Beliau menambah bahawa kekeliruan yang tidak memberikan petanda yang baik bagi rundingan tersebut.