KUALA NERUS – Sumbangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak adalah amat dialu-alukan, bagi tujuan memberikan khidmat dan kebajikan kepada masyarakat.


“kami mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi tujuan kebajikan kepada masyarakat, sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak Taylor’s Universiti.
“kita (juga) sentiasa bersedia membantu dalam menjayakan agenda kebajikan kepada masyarakat samada di tanah air mahupun antarabangsa,”ujarnya
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Program Komuniti Sosial Mahasiswa Taylor’s Universiti yang diadakan di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Tok Jiring dekat sini pada Ahad 31 Mei.
Pada program itu, seramai 44 orang anak-anak yatim sekitar Parlimen Kuala Nerus di bawah naungan Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEPT) telah dikunjungi dan disantuni oleh mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu.


Mengulas program tersebut, Dr. Najihah berkata, ia adalah projek pertama yang melibatkan Fakulti Kulinari, Hospitaliti dan Pelancongan IPTS terbabit.
“ini merupakan ‘first project’ yang dirancang oleh para pelajar daripada fakulti kulinari, hospitaliti, dan perlancongan yang merupakan salah satu subjek praktikal yang perlu dilalui para pelajar sebelum menempuh alam kerjaya.
“program ini adalah slot terakhir dalam siri program di Terengganu dengan kerjasama pelbagai pihak,”kata Dr. Najihah.


Sumbangan yang paling istimewa adalah, anak-anak yatim tersebut dapat menikmati ‘biskut istimewa’ yang dimasak sendiri oleh para mahasiswa itu.
“Semua sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim ini diusahakan sendiri oleh para pelajar Taylor, dan ia merupakan pengalaman berharga buat mereka,
“Saya sendiri amat gembira dan puas hati melihat keceriaan di wajah para pelajar Taylor dan anak-anak yatim. InsyaAllah di masa akan datang, kita akan bekerjasama lagi dengan pihak YAMCT untuk program-program lain” tambah Dr.Najihah lagi.



























