Corat-coret Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3

1728

Oleh : Fadhilah Mohammad

IMG_5185 (2)KUALA TERENGGANU – Walaupun telah seminggu Ijtimak Antarabangsaz Perpaduan Ummah Kali Ke-3 berlalu, namun pelbagai coretan tentang himpunan tersebut masih terpahat dalam ingatan.

Suasana dan sambutan Ijtimak pada minggu lalu itu, mengingatkan kembali penduduk kampung Rusila tentang himpunan serupa yang diadakan pada pertama pada tahun 1988 dan yang kedua pada tahun 1993.

Salah seorang warga Kampung Rusila Haji Zakaria Bin Abd Rahman, 67, berkata, Ijtimak Kali ke-3 sudah jauh berbeza berbanding dua Ijtimak sebelumnya.

“dahulu tidak banyak tempat penginapan, jadi penduduk disini kena ambik pengunjung (Ijtimak) jadi anak angkat. Sambutan pada ketika itu amat memberansangkan dan diterima ramai,”ujarnya ketika ditemui.

IMG_5186 (2)Menurutnya, tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan sempena Ijtimak terdaulu, berbanding dengan Ijtimak yang berakhir pada Sabtu lalu.

Kalau dulu tumpuan hanya kepada aktiviti mendengar ucapan dan pidato daripada pemimpin luar dan dalam negeri, tetapi Ijtimak kali ini ‘diwarnai’ dengan pelbagai program.

Menurut Pengurus Acara Zul Shawaluddin Jusoh, selain dari ucapan para pemimpin, Ijtimak kali ini turut mengadakan aktiviti bagi pemuda dan muslimat.

40 tahun Pengalaman Menganyam

Antara yang menarik bagi muslimat adalah pada Ijtimak Kali Ke-3 adalah Pertandingan Gubahan Kreatif, Pertandingan Anyaman Antarabngsa dan Pertandingan Hiasan Kek Antarabangsa.

DSC_0959 (2)Bagi Pertandingn Hiasan Kek, sebanyak sembilan kumpulan telah menyertainya dari seluruh daerah dalam negeri Terengganu dan satu dari negeri gabungan muslimat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana tema Ijtimak pada kali ini adalah Palestin, ia menjadi tema yang disukai oleh ara peserta dalam pertandingan itu.

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh peserta dari daerah kawasan Dungun manakala Kuala Nerus muncul sebagai Naib Johan.

Bagi Pertandingn Anyaman dari lapan peserta yang menyertainya, Puan Ramlah Ismail telah dipilih memenangi tempat pertama.

Ia diikuti oleh pula di menangi oleh Puan Fatimah Mat Zain ditempat kedua, sementara Puan Aminah Ali pemenang tempat ketiga.

DSC_0876 (2)Salah seorang peserta, Puan Munah Ayub dari Kuala Terengganu merasa bangga kerana dapat menyertai pertandingan ayaman itu,

Beliau yang mnghasilkan anyaman beg duit wanita telah mula mengayam sejak usia kanak-kanak lagi.

Dengan pengalaman menganyam yang luas itu selama lebih 40 tahun, Puan Munah dapat mennyiapkan hasil karyanya dalam mas kurang dari setengah jam.

“Dulu saya pernah menerima tempahan berupa kotak pensil, bekas telor, beg sandang dan lain-lain, (tapi) sekarang dah kurang tempahan………. tidak ada lagi,

“jadi sekarang saya mencari rezeki dengan mengambil upah menggoreng ikan celup tepung,”ujarnya yang memiliki pengalaman menganyam selama lebih 40 tahun.

Pengunjung Puas Hati

IMG_2336 (2)Kebanyakan pengunjung yang ditemui merasa gembira dan berpuas hati dengan penganjuran Ijtimak pada kali ini.

Antaranya ialah Puan Salmah Musa, 57, dari Kampung Pulau Kerengga, Dungun.

Katanya, beliau mengunjungi Ijtimak pada setiap hari selama tiga hari ia berlangsung.

“saya puas hati dengan Ijtimak, tak jemu…….. saya datang setiap hari………datang awal pagi dan balik bila habis program,

“(saya) bersama anak-anak saya tiga orang, adik beradik lelaki saya lelaki saya pun datang, ambil bahagian dalam pertunjukan pentas, acara Qasidah,”ujarnya dengan penuh semangat.

IMG_5185 (2)Puan Hasnah Ismail, 55, dari Kedah telah datang sejak 18 Mac lagi bersama dua anaknya yang juga merupakan bekas pelajar Ma’ahad Darul Quran.

Beliau sanggup menyewa sebuah ‘homestay’ di Kampung Binjai Bongkok dan bertolak setiap hari pada jam 8 pagi, untuk tidak terlepas sebarang acara di Ijtimak.

“saya dan anak-anak tinggal…..sewa homestay di Binjai Bongkok………….bertolak seawal jam 8 pagi datang ke Rusila dan pulang sampai (apabila) habis program.

“saya puas hati dan gmbira kerana banyak dapat ilmu melalui kuliah, terutamanya kuliah maghrib,”katanya.