Saya merujuk kenyataan menteri Dato Ismail Sabri untuk membantu nelayan dan petani dengan mengurangkan peranan orang tengah yang mempengaruhi harga jualan produk dan kos pengangkutan.
Pertamanya, persoalan tentan pendapatan nelayan terutamanya amat rendah dan perlu di tingkatkan. Tidak Menteri sedar menurut satu kajian di sebuah kampung nelayan di Terengganu baru baru ini oleh pihak Khazanah.
Dapatan kajian itu menyatakan dalam tempoh 10 tahun, pendapatan nelayan meningkat hanya dari RM400 kepada RM414 sahaja! Iaitu RM14 dalam tempoh 10 tahun atau hanya 3 %…….atau 0.03 % setahun !!!
Masalah besar masih di hadapi nelayan tempatan adalah nelayan asing Vietnam terutamanya yang melibatkan kerugian yang amat tinggikepada mereka. Tiada penyelesain walaupun Menteri telah berjanji untuk atasi masalah ini.
Bantuan Kerajaan kepada nelayan banyak tidak sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya seperti kes 23 kontraktor di Dungun yang di dakwa di mahkamah baru baru ini melibatkan jumlah dana kerajaan sebanyak RM500,000
Dengan senario di atas Kenyataan Menteri sasaran hendak meningkatkan pendapatan nelayan di antare 5 % hingga 20 % tidak realistik langsung. Ini adalah lawak yg kejam.


Sebaik-baiknya Menteri lebih banyak bertindak atas keperluan asas nelayan dan kurang bercakap benda yang tidak membawa makna dan faedah bagi mereka.
Orang putih kata “actions speaks louder than words!” (Tindakan yang berkesan lebih baik dari cakap janji janji kosong !)
*** Kenyataan Media Datuk Raja KamarulBahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu.





























