Oleh : Haji Amhad Amzad Hashim
Sehubungan jemputan bagi berkongsi ulasan dan maklumat dalam Wacana seperti di atas yang dianjurkan pada 15hb Februari (Ahad) pukul 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Galeri MPAJ, Selangor anjuran PERANTAU, saya dengan suka cita ingin mengesahkan penyertaan.
Saya difahamkan Dato’ Raja Kamarul Baharin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu juga mengesahkan akan hadir. Saya harap ahli panel yang lain yg turut dijemput akan hadir supaya satu perkongsian maklumat dan perspektif tentang isu perlombongan bijih besi boleh dikembangkan skopnya.
Di sebalik penafian demi penafian yang dibuat oleh YAB Menteri Besar, Dato Ahmad Razif Abdul Rahman dan juga melalui media bawah unit komunikasi negeri, saya hanya menemui lebih banyak maklumat dan soalan-soalan tambahan yang lebih membingungkan.


Akhirnya tenyata sudah 2 tahun (2012 dan 2013) CAA Resources melaporkan dalam media awam seperti laporan beraudit dan juga laporan Bloomberg tentang prospek kemungkinan melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu.
Laporan Interim ( setengah tahun) CAA Resources bagi 2014 memberi maklumat yang konklusif tentang urusniaga yg melibat wang lebih USD15juta bertukar tangan bagi tujuan operasi perlombongan bijih besi oleh syarikat milik tidak langsung CAA Resources yg dikawal oleh Mr Li Yang iaitulah syarikat Capture Bukit Besi Sdn. Bhd.
Nilai USD15juta adalah bersamaan dengan kira kira RM49juta.
Menariknya adalah Laporan Audit Capture Bukit Besi Sdn Bhd bagi tahun berakhir 31hb Disember 2013 yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan jumlah yang wang yang hampir sama jumlahnya dalam akaun tersebut iaitulah RM49,460,052.00.
Akaun ini di audit oleh firma Ernst & Young. Firma yang sama menjadi juruaudit kepada CAA Resources.
Kerana itu untuk membuat penafian secara mutlak, sangatlah pra matang kerana banyak persoalan-persoalan lain perlulah dijawab dahulu.
Misalnya, jika CAA Resources sebagai sebuah syarikat awam ( tersenarai di Bursa Hong Kong) telah secara telus melaporkan kepada pemegang saham, pemiutang dan lain lain stakeholders, tujuan perbelanjaan hampir RM50juta itu bertujuan untuk urusan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Beranikah mereka berdepan dengan pihak berkuasa Hong Kong dan lain2 yang berkenaan untuk memberitahu “Oh tidak, sebenarnya kami belanjakan wang RM50juta itu untuk perkara lain!!!”. Lebih lebih lagi setelah kenyataan kontroversi Li Yang di dalam The New York Post yang lalu.
Tidak mudah untuk kami menerima wang RM50 juta, untuk Li Yang jalan-jalan melancong sahaja di Bukit Besi.
Malah rasanya di Bank Negara ada yg mengawal kemasukan wang asing dalam jumlah yang besar. Yang mencatat untuk tujuan apa.
Sebahagian blog pro UMNO ada yg cuba berubah rentak dgn berkata, yg penting Kerajaan Negeri tiada urusan dgn CAA Resources. Kalau syarikat yg diberi permit lombong berurusan dgn pihak ketiga, itu bukan urusan Negeri.
Saya fikir tidak semudah itu. Kerana bukanlah rahsia, begitulah cara modus operandinya dalam kebanyakan skim skim yang mengandungi unsur penyelewengan dan rasuah. Iaitu dengan menggunakan penama penama dan melalui pihak ketiga.
Ada pula membangkitkan mengapa tidak disiasat tentang MOU dan rancangan CAA Resources di Kemahang, Kelantan?
Masalahnya tiada mana mana laporan atau urus niaga yang menunjukkan rancangan CAA Resources di Kelantan itu diteruskan. Tidak ada satu sen pun wang bergerak dalam akaun yg dilaporkan bagi tujuan itu. Semata mata rancangan yang tidak dimaterialiskan.
Terdapat antara syarikat yg diberi permit melombong, pemegang saham tiada latarbelakang langsung dalam soal2 perlombongan. Keupayaan kewangan sangat diragui. Malah beralamat berdaftar di rumah murah!
Dalam keadaan laporan harga purata bijih besi setan bagi tempoh 3 tahun ke belakang dianggarkan USD120 satu tan, YAB MB telah memberikan beberapa angka yang membuka lebih banyak soalan .


Enakmen mineral tak silap saya tentukan royalti 5% dari jumlah harga bijih ikut nilai semasa.
Jika nilai semasa ikut purata harga bijih ketika itu USD120 satu tan, angka angka yang dinyatakan oleh MB menunjukkan pengiraan berdasarkan harga bijih cuma USD20 sahaja satu tan.
Mana lagi USD100 setiap tan?
Saya tak akan mengulas lebih jauh termasuk belum mahu bertanya berapa tan pula yang telah dikeluarkan bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 yang termasuk timbunan stok bijih besi yg telah dilombong peninggalan Jepun yg tidak ada siapa pernah lihat laporannya.
Cuma saya rasa kesal YAB MB terlalu cepat buat kesimpulan tanpa meneliti lanjut kemungkinan kemungkinan lain yang boleh terjadi.
Ini bukan kali pertama beliau salah kenyataan. Dalam isu cukai pintu yg lalu beliau menuduh rakyat berbohong bahawa MBKT bercadang menaikkan cukai pintu sehingga ada yang akan mengalami 700% kenaikan. Sehinggalah terpaksa rakyat masing2 tunjukkan bil asal, dengan kadar taksiran baru MBKT yang ternyata rakyat bercakap benar.
YAB MB tidak sepatutnya terlalu gopoh dan menampakkan panik kerana bukan beliau yang jadi MB ketika itu.
SPRM yang mengumumkan akan menyiasat kes ini pun belum buat apa apa kenyataan hasil siasatan.
Alangkah baik jika YAB MB menerima ini sebagai satu bantuan kpd beliau bagi memperbaiki urus tadbir. Kerana yang sekeliling beliau seperti selalu akan hanya berkata ” bereh boh” sahaja…
[Hj Ahmad Amzad Hashim adalah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)]



























