KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Kelantan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.
Timbalan Menteri Besar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan yang diberikan oleh semua pihak kepada Kelantan adalah diluar jangkaan.
“kita memang berterima kasih banyak lah kepada semuanya………kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada negeri, Jabatan, NGO…..individu-individu yang memang memberikan sokongan dan bantuan diluar dari jangkaan kita,
http://youtu.be/Hi1exxYvnm8?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q
“mungkin orang Terengganu ni dekat (sebab itu) dia boleh sampai cepat (dan ramai) orang lain mungkin makan masa sedikit (untuk pergi kerana jauh),”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui selepas menyampaikan ucaan dalam Ceramah Perdana sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) di Seberang Takir dekat sini, pada Sabtu 31 Januari.
Sehubungan itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mentatakan kerajaan negeri Kelantan lambat bertindak menangani mangsa-mangsa banjir yang terjejas, khususnya mereka yang kehilangan rumah akibat banjir.
Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan maklumat mangsa, mencari dana dan tanah yang sesuai bagi membina dan memberikan rumah gentian percuma kepada mangsa terbabit.
“kita kena dapatkan angka-angka (maklumat mangsa) kemudian kena cari tapak baru…..kena tengok (pelan dulu) sesuai tak sesuai pada pandangan kasar mungkin Nampak lambat tapi kita kena mengambilkira banyak segi,


Menyentuh soal kerjasama dengan kerajaan kerajaan Pusat beliau berkata, kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan adalah kerjasama antara ‘kerajaan dengan kerajaan’ yang tidak boleh dipisahkan berdasarkan semangat dan sistem ‘federalisma’.
Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Negeri Kelantan itu berkata, dengan kejadian banjir yang melanda negeri Kelantan bulan lalu menyebabkan semangat ‘federalisma’ yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat lebih menonjol dari sebelumnya.
“persefahaman ini lebih kepada ‘G to G’ (kerajaan dengan kerajaan) bukan soal (kerjasama) politik, dan yang kita bincang adalah bincang isu banjir betul bukan isu-isu lain,
“(bincang) bagaimana nak selesaikan masalah-masalah rakyat…..dan kita tengok semangat federalism itu lebih menonjol (lebih) terserlah berbanding dari (keadaan) sebelum ini,”katanya.
Baliau berkata hanya tinggal 250 orang sahaja mangsa banjir yang tinggal di pusat perpindahan kerana mereka tidak dapat pulang ekoran rumah-rumah mereka telah musnah akibat banjir.
Menurut bancian sehingga Khamis lepas, kata beliau, sebanyak 2,592 rumah telah ‘rosak seluruhnya’ (total lost) dan kerajaan negeri Kelantan telah berjanji bahkan telah mula membina rumah-rumah gentian yang akan diberikan percuma kepada mangsa-mangsa terbabit




























