Ameerah Terengganu telah diberi peluang oleh Yayasan Amal Cawangan Terengganu untuk menyertai Konvoi Amal menghantar bantuan bencana banjir ke Kelantan pada 1 hingga 2 Januari lalu.
Turut bersama dengan dengan rombongan konvoi ini adalah NGO’s, syarikat-syarikat dan agensi-agensi serta orang perseorangan telah bergabung brpadu tenaga dan kemahiran memberikan bantuan di kawasan terjejas di Kelantan. Keadaan lokasi banjir amat memilukan, betapa mengingatkan kami seakan-akan tsunami kecil yang menyaksikan betapa kerdilnya manusia.

Dengan kekuatan lebih 400 org sukarelawan termasuk pasukan perubatan dgn130 buah kenderaan termasuk pacuan 4×4, lori, bot, ambulan, pasukan motor dan kenderaan ringan telah menyampaikan bantuan di Salor dan Dabong, Kuala Krai. Hmpir 20 buah kampung telah dijelajahi untuk menghantar bantuan dari rumah ke rumah. Rombongan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Antara bekalan bantuan yang diberikn ialah keperluan bayi dan kanak2, keperluan golongan wanita, keperluan dapur, air bersih dan ubatan. Turut disumbangkn ialah waqaf Al Quran dan 2 unit boreng air untuk kegunaan 2 buah kampung.
Puan Zuraida Md Noor , Ketua Ameerah Terengganu mewakili pihak Ameerah Terengganu mengucapkn jutaan terima kasih kepada semua dermawan dan para penyumbang yang masing-masing berebut untuk menghulurkan bantuan dan sokongan . Hanya Allah sahaja yang dapat mmbalas segala amal kebajikan mereka.

“Misi ini merakamkan satu kenangan yang indah buat kami, penuh keinsafan, pelbagai perasaan, ukhuwwah yang erat dan merasai sendiri keperitan mangsa banjir. Kami datang ke sini penuh tawakkal pada Allah dan bersedia menghadapi segala cabaran mental dan fizikal.” ujar beliau.
“Kami hanya tidur di tanah berbumbungkan langit, berwuduk dengan air mineral, tidak mandi kerana tiada bekalan air, tiada bekalan elektrik, tiada line komunikasi. Kami belajar survival hidup di sini. Pengalaman ini amat mahal dan cukup menginsafkan”.
Di akhir kenyataan beliau turut merakam ucapan penghargaan buat pihak Yayasan Amal yang menjemput Ameerah menyertai misi hebat ini bagi menyantuni golongan wanita dan kanak-kanak. Ini sesuai dengan peranan Ameerah untuk mendekati mereka serta menyelami sendiri masalah mereka tanpa mengira sempadan politik.





























