Felda Perlu Laksana Kaedah Bantu Peneroka ‘Zaman Meleset’

1182

DUNGUN – Ramai peneroka Felda Jerangau dekat sini, yang menyerahkan urusan kebun mereka kepada Felda Technoplant mengeluh apabila menerima pendapatan bulanan mereka kurang dari sebelumnya.

Lazimnya, bayaran yang diterima dari syarikat terbabit, mengikut kadar metrik tan adalah antara RM1200 hingga RM1400.

Jerangau“Ada yang menerima separuh dari kebiasaan, mereka mula resah dan tidak faham apa yang berlaku. Ada yang cuba mendapat penjelasan dari pihak pengurusan,

“mereka cuba tanya pihak ANAK dan berharap pihak ANAK dapat sedikit sebanyak memberi penjelasan,”ujar Pengerusi ANAK negeri Terengganu, Naraza Muda.

Beliau yakin dan menjangkakan sesuatu yang lebih teruk bakal dihadapi para peneroka Felda apabila harga Minyak Sawit Mentah (CPO) kini merudum kepada RM2100 setan metrik.

“saya yakin ada sesuatu yang lebih teruk bakal dihadapi peneroka Felda. Mungkin pihak pengurusan Felda boleh memberi alasan adil dengan bayaran mengikut kadar tan BTS (Buah Tandan Segar) mereka,

“tapi semasa hasil BTS mereka ‘mencanak’ pengeluaran sehingga 10 metrik tan satu bulan Felda hanya membayar pendahuluan hasil kepada peneroka hanya RM1200 juga,”jelasnya.

Naraza yang juga Ketua Penerangan ANAK Kebangsan berkata, ketika harga semasa BTS semasa RM550/tan pada awal tahun ini, hasil peneroka boleh mencapai RM5500.

Kelapa-Sawit_1Oleh itu, soal beliau, dimanakah lebihan baki pendapatan bagi bulan ketika itu yang sepatutnya mencapai RM4300?

Jelas, kata beliau kewujudan Felda Global Venture (FGV) yang didakwa cukup hebat, tidak mampu membantu para peneroka untuk melonjakkan harga BTS kerana harga pasa CPO yang sememangnya rendah.

Justeru beliau mencadangkan agar pihak Felda melaksanakan bayaran pendapatan mengikut kadar blok bagi membantu para peneroka menghadapi ‘zaman meleset’.

“Bila pengeluaran hasil menurun Felda boleh memperkenalkan bayaran mengikut kadar tan(timbangan) blok masing-masing.

“Dengan harga antara RM380 setan metrik ketika ini ,kejatuhan harga BTS yang menjadi tekanan baru kepada peneroka Felda seluruh negara dapat diringankan,”tambahnya yang juga seorang anak jati peneroka Felda.