Parit Besar Elak Kampung Terputus Hubungan Ketika Banjir

1831

SETIU – PAS Kawasan Setiu kesal kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan masalah banjir di daerah itu, selepas puluhan tahun Umno dan Barisan Nasional berkuasa diperingkat persekutuan.

DSC_0061 (2)Yang DiPertuanya, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir berkata, banyak kampung-kampung di pedalaman Setiu sering berlaku banjir apabila hujan lebat berterusan.

“antara yang paling teruk dan yang kami keali adalah keadaan kampung Hulu Seladang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri,

“kampung itu sering terputus hubungan apabila musim banjir kerana jalan utama yang menghubungkan kampung itu dengan ‘dunia luar’ terputus akibat ditenggelami air,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kampung-kampung yang terjejas kerana banjir, di sini pada Khamis 20 November.

Katanya, kerajaan negeri dibawah Jabatan Parit dan Saliran perlu membuat parit besar bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang-ulang pada setiap tahun.

DSC_0050Oleh itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi menyelsaikan masalah yang telah dialami oleh penduduk kampung terbabit.

“saya harap kerajaan negeri dapat selesaikan dengan kadar segera kerana ia bukan masalah yang baru, sudah puluhan tahun, orang-orang kampung tak boleh keluar berurusan bila musim banjir,

“pada tahun 2012, kalau tak silap saya, pasukan bantuan PAS Setiu pernah mengambil tindakan menyelamatkan seorang ibu muda yang sakit hendak bersalin dari Kampung Hulu Seladang,”jelasnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Kawasan Jabi menggesa kerajan negeri bertindak segera dan memasukkan peruntukan dalam bajet yang akan dibentang, awal bulan hadapan.