Reaksi Kepada Majlis Pecah Tanah Projek Kilang Pemprosesan Silika

1741

Tujuan

Projek perlombongan dan pembinaan kilang pemprosesan silika kualiti tinggi di kawasan Bari, Setiu perlulah di buat secara bersepadu dengan memberi pulangan ekonomi terbaik kepada rakyat terengganu khususnya warga setiu dan lestari dari segi alam sekitar.

Latarbelakang

Kawasan deposit simpanan pasir silika yang terletak di kawasan Merang – Telaga Papan – Bari dan Penarik telah diketahui keujudannya sejak puluhan tahun yang lalu.

Kandungan silika dalam deposit tersebut mempunyai gred yang tinggi dan sesuai untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan harga pasaran antarabangsa yang mahal.

Simpanan pasir silika di Terengganu mempunyai keluasan 1800 hektar dan kedalaman dari 5 hingga 20 meter dengan jumlah simpanan 800 juta metrik tan dan tempoh masa perlombongan lebih dari 80 tahun.

Kawasan tersebut sebahagiannya adalah merupakan kawasan yang dibahagikan lot-lot untuk penempatan penduduk dan kawasan pertanian serta penternakan.

Isu-isu

Projek ini tidak ada langkah spesifik dan terancang bagaimana kaedah pemulihan bekas tanah lombong dan ujudnya kilang berteknologi tinggi.

Kawasan bekas lombong yang luasnya ribuan hektar dengan kedalaman sehingga puluhan meter akan menjadikan tanah tersebut tidak ekonomik untuk pertanian dan ternakan . Kami menuntut supaya pelan pemulihan bekas lombong dapat di jelaskan kepada masyarakat setempat.

Menuntut pihak kerajaan mempastikan supaya kilang pemprosesan deposit silika bukan sekadar “wash and clean” sahaja . Ini kerana syarikat luar negara iaitu tochu corporation –syarikat pemprosesan dan pembekal pasir kepada kilang kaca dan ‘Foundry’ di Jepun sementara Toyota Tsusho Corporation adalah ‘Japanese Trading House’ (rujuk pelaburan mereka di Australia dan Sarawak).

Che GhaniKami menuntut supaya tenaga kerja terdiri dari anak tempatan terutama peringkat pengurusan utama, bagi jawatan kritikal perlu ada pelan melatih anak tempatan untuk jangkamasa panjang.

Kawasan yang terlibat dengan projek dimana lot perumahan, kawasan pertanian dan ternakan petani dan nelayan tempatan hendaklah diganti dan pampasan gantirugi berpatutan perlu dibayar.

Che Ghani Ambak
Pengerusi Jawatankuasa Isu Perindustrian
Merangkap Pengerusi Demi (Lujnah Demokrasi & Mobilisasi)
Pas Kawasan Setiu
08 September, 2014