APMM Kuala Terengganu Tubuh JK Khas Tangani Nelayan Asing

1155

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani pencerobohan nelayan asing.

Ketua Penguat kuasa daerah Kapten Maritim Xavier Thevadas berkata jawatankuasa itu akan melibatkan penyertaan beberapa agensi penguat kuasa lain termasuk jabatan perikanan dan wakil nelayan.

[Gambar atas – Ahli Persatuan Nelayan Kuala Terengganu membuat laporan polis ada 12 Jun berhubung kegiatan nelayan asing yang mengancam keselamatan mereka]

“Kita percaya penglibatan nelayan dalam jawatankuasa ini adalah langkah tepat kerana merekalah yang menjadi mata dan telinga pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Katanya APMM Kuala Terengganu menerima banyak aduan daripada nelayan tempatan mengenai pencerobohan nelayan asing terbabit yang menjejaskan sumber rezeki mereka.

IMG-20140619-WA0046Menurutnya nelayan asing terbabit bukan sahaja menceroboh tetapi juga menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

“Kegiatan nelayan asing ini boleh merosakkan hasil laut serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tempatan dan tindakan sewajarnya akan kita ambil,” katanya

[Gambar kiri – hampir 200 orang nelayan berhimpun di bangunan parlimen membantah giatan nelayan asing bukan hanya menceroboh tetapi didalangi oleh pemilik bot tempatan yang disewa atau mengambil nelayan asing bekerja]

Bagi mengekang kejadian itu, beliau berkata APMM Kuala Terengganu meningkatkan kawalan serta rondaan.

Katanya bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, pihaknya berjaya menahan 23 bot asing yang didapati menceroboh perairan negara dan daripada jumlah itu, 21 kes telah diselesaikan.