Oleh : MNA
MARANG – Seluruh ahli PAS digesa agar mempelbagaikan ilmu dan memperkemaskan peribadi bagi menarik lebih ramai anggota baru ke dalam parti.
Pesuruhjaya PAS Selangor YB Iskandar Abdul Samad memberi ingatan, cabaran politik dimasa depan pastinya berbeza berbanding dengan keadaan sekarang.
Oleh itu, beliau berkata, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan usaha bagi menguasai ilmu agar tidak ketinggalan.


Justeru itu, beliau melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa ahli PAS layak untuk mengambil tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat mengenali Islam.
Menurutnya, cita-cita menuju ke Putrajaya adalah satu peluang mesti diberikan kepada semua bagi melengkapi antara satu sama lain disamping menjauhkan budaya ‘label-melabel; sesama sendiri.
Menyentuh tentang perkembangan di negeri Selangor katanya, PAS pada ketika ini telahpun menjalankan usaha meningkatkan jumlah majlis tazkirah serta kuliah agama bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat.
Ia adalah, kata beliau, untuk memastikan PAS benar-benar dapat menggantikan Umno dan bukan hanya dilihat menggantikan Umno dalam pemerintahan, sebaliknya mempunyai ‘perangai’ yang sama.


“ianya tidak benar, ianya bermula dari masalah pihak lain yang merebak kepada PAS dan bukannya masalah yang dimulakan oleh PAS Selangor.
“mungkin atas sikap tegas Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan kontrak dan duit rakyat yang dipegangnya, maka ada beberapa pihak yang tidak berpuashati itu mencari alasan,”jelasnya
Adun Cempaka itu juga memuji kehebatan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atas kebijaksanaannya yang sentiasa berjaya menyelesaikan sebarang bentuk perbezaan pendapat PAS Selangor dengan Tan Sri Khalid.
Beliau turut melahirkan rasa kagum atas kejayaan PAS Kawasan Marang menambah jumlah ahli sehingga 20 ribu orang dan menyarankan agar PAS Selangor dan Kawasan Ampang mengadaptasi Program Himpunan Keluargaku Ahli PAS (HIKAP).
Sehubungan itu, beliau menasihatkan perwakilan agar berdiri diatas prinsip PAS dan bercakap benar atas prinsip yang telah diperjuangkan sejak dahulu iaitu isu hudud dan tidak sepatutnya kita berselindung.




























