Terengganu, Malaysia

Rakyat Diseru Bantah Cukai Pintu

Rakyat Diseru Bantah Cukai Pintu

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Warga bandaraya Kuala Terengganu tanpa mengira kaum dan latarbelakang, diseru membuat bantahan terhadap cadangan kerajaan menaikkan cukai taksiran (cukai pintu) yang dicadangkan.

Pengerusi Jawatakuasa Bertidak Isu Cukai Pintu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata rakyat perlu membantah cukai tersebut kerana peningkatannya yang mendadak akan membebankan kehidupan.

“kenaikan cukai pintu ini membebankan rakyat yang sudah pun terbeban dengan kenaikan kos sara hidup seharian dan cukai GST yang akan dilaksanakan,

IMG-20140516-WA0031“marilah sama-sama kita membuat bantahan tanpa mengira parti politik, kerana ini melibatkan rakyat negeri Terengganu tanpa mngira politik dan latar belakang kehidupan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan berhubung kempen bantahan cukai itu, yang diadakan di Pasar Borong Kuala Terengganu, Gong Pauh dekat sini.

Pemuda PAS Dewan Udangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Muslimat Kawasan Kuala Terengganu telah membuka ‘kaunter bergerak’ membantah cukai pintu di pasar tersebut pada Jumaat 16 Mei.
Ketuanya, Azrin Mohd Aris berkata, melalui kaunter tersebut, khidmat nasihat diberikan kepada penerima notis cukai pintu disamping pengedaran borang bantahan yang disediakan serta menandatangani petisyen bantahan.

Azrin menegaskan, rakyat wajar membantah kenaikan cukai tersebut sebagai peringatan kepada kerajaan, jangan berbuat ‘sesuka hati’ terhadap rakyat.

“rakyat Terengganu khususya warga Kuala Terengganu, yang menerima notis ini wajar membuat bantahan kerana ini menandakan rakyat tidak boleh di buat sesuka hati,”ujarnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan