Lima Buah Bas Muslimat Kuala Terengganu Untuk Himpunan 1 Mei

880

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) menyahut seruan Ketuanya YB Siti Zailah Mohd Yusof yang menggesa para wanita khususnya ahli Dewan Muslimat PAS supaya turun ke himpunan 1 Mei.

Ahli Jawatakuasa DMPNT Zaitun Abas berkata beliau menyokong penuh seruan Zailah, bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan BN yang mahu melaksanakan cukai perkhidmatan dan barangan (Good and Services Tax – GST).

“Muslimat (negeri Terengganu) wala’ dengan pimpinan dan bersedia untuk bersama turun ke himpunan 1 Mei bagi menyatakan bantahan, kita menyahut seruan Ketua Muslimat PAS Pusat,”tegasnya.

muslimat KT1Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat bersama Muslimat DUN Wakaf Mempelam di sini, semalam 29 April. [Gambar – Zaitun, dua dari kanan]

Zailah dalam kenyataannya berkata, rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang cukup tinggi dan kehidupa golongan rendah dan sederhana akan terus terhimpit, jika GST dilaksanakan pada April 2015 nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menyifatkan himpunan aman 1 Mei adalah cukup penting terutama kepada golongan wanita dan anak muda yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST.

Katanya, golongan wanita yang mengurus perbelanjaan seharian keluarga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran perlaksanaan GST.

Sehubungan itu, Zaitun yang juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Kuala Terengganu berkata, pihaknya telah pun menempah lima buah bas untuk bersama-sama Himpunan tersebut.

Beliau berkata, tidak ada alasan untuk tidak menghadiri Himpunan yang bersejarah itu kerana ia diadakan pada 1 Mei, yang merupakan hari cuti umum.

“(Himpunan diadakan pada) cuti hari pekerja adalah satu ruang untuk tidak menolak jemputan himpunan (membantah) GST,

“(kita) Muslimat Kuala Terengganu turun dengn 5 buah bas,”jelasnya yang menambah, GST adalah satu beban alaf baru buat kaum wanita, yang merupakan pengurus kepada sebuah rumah tangga.