Terengganu, Malaysia
Pendapat

PAS Terus Bergerak Ke Hadapan!

parti-pas

Oleh; Ahmad Amzad Hashim

Realiti Malaysia perlukan penyertaan berbilang kaum dalam membentuk negara. Sebarang signal penumpuan mutlak 100% kuasa kpd sesuatu kumpulan berasaskan kaum, etnik adalah tidak sihat untuk perpaduan negara. Perasaan gelisah kaum minoriti dalam negara Malaysia yang mempunyai 65% penduduk Melayu muslim mudah dieksploitasi secara negatif.

Kerana itu PAS kena wujudkan mekanisma kerjasama dgn parti politik yang mewakili kaum dan kumpulan yang berbeza serta fahaman yang lain juga.

Ini tidak mudah dalam menyusun keutamaan mencari titik persamaan perjuangan yang memberi manfaat kepada kemakmuran negara secara keseluruhannya. Dalam masa yang sama perbezaan dasar perlu dihormati sesama rakan.

Proses ini memakan masa sementelah lagi parti seperti DAP mempunyai sejarah tersendiri yg diulang-ulang jentera propaganda oleh parti pemerintah untuk wujudkan persepsi negatif dikalangan orang melayu bahawa DAP ini anti Melayu dan anti Islam.

Hanya dengan kewujudan satu pakatan yang kuat antara parti-parti politik akan memberi cabaran yang serius kepada Barisan Nasional yg sudah terlalu lama memerintah.

Berjuang secara sendiri sebagai parti tunggal menentang BN mungkin memberi kelebihan untuk PAS menang di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah tapi sukar di negeri-negeri lain yang berbeza struktur populasinya. Jika begitu keadaan nya, BN akan berterusan mengawal teras kuasa di Persekutuan, mengawal jentera-jentera kewangan negara, polis, tentera malah institusiinstitusi yang sepatutnya bebas seperti kehakiman.

Kerajaan-kerajaan negeri yang dimenangi oleh PAS akan berterusan dikekang serba serbi supaya gagal, oleh BN yang mengawal segala aset negara dipersekutuan. Kegagalan yang berterusan hanya akan mengiyakan persepsi yang sentiasa ditanamkan oleh propaganda bahawa hanya BN yang pandai mengurus negara.

Itulah sebab nya perlu pakatan yang kuat yg boleh beri cabaran kepada BN di peringkat Persekutuan.

Parti politik berubah dan beradaptasi dengan perubahan. Begitu juga PAS dan DAP. PAS yang dulu dilihat keras, didakwa ‘extremist fundamentalist’ dengan gambaran menakutkan kini telah diketahui rakyat sebenarnya cukup rasional, bercirikan mesra rakyat dgn menjunjung negara berkebajikan dan menghormati perbezaan pandangan dan kaum.

Berbanding UMNO yang dulu, kini dan selamanya dilihat sangat giat berada di belakang kumpulan yg membakar api kebencian perkauman dgn mesej-mesej yang sangat jahat.

Perubahan PAS dikawal oleh Majlis Syura PAS supaya tidak bercanggah dgn prinsip PAS menjunjung Al Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai hablillah yang digenggam kemas.

DAP juga mengalami tranformasi yang serupa. Berusaha memperbaiki persepsi negatif yg menakutkan orang melayu. Kerana itu kenyataan rasmi pemimpin-pemimpin DAP lebih dilihat menghormati perjuangan Islam PAS berbanding kenyataan rasmi MCA yg secara terus memperlekehkan dan menghina Hudud, yang merupakan sebahagian dari Quran yang wajib diimani oleh setiap orang Islam.

Orang bukan Islam ramai yang sangka hudud itu hukum yg direka-reka oleh PAS dan bukan dari Islam kerana propaganda media kerajaan juga.

Jika rakyat faham hudud itu adalah kewajipan setiap orang Islam untuk beriman kepadanya kerana jelas kedudukannya dalam Quran. Menolak satu huruf pun dari Quran bagi seorang Islam akan gugur keimanan nya. Inikan pula menolak hudud yg berulang kali disebut dalam Al Quran. Ini baru kelmarin ditegaskan dlm teks khutbah Jumaat MAIDAM Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Amzad%20serah%20borang2.jpgBila mana Islam adalah agama rasmi Malaysia mengikut perlembagaan, PAS mempunyai segala sandaran perundangan untuk memperjuangkan hudud.

Kenyataan-kenyataan negatif Karpal Singh yang telahpun meletak jawatan dari Pengerusi DAP tidak mendapat dokongan dan sahutan dari kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP yang lain.

Malah anak beliau sendiri Gobind Singh Deo punya pendirian yang berbeza dengan ayahnya. Sebahagian veteran DAP seperti Dr Tan Seng Giaw secara konsisten menegaskan kewajipan menghormati perjuangan parti komponen.

Pemimpin2 yg lebih muda seperti Lim Guan Eng yang memegang kuasa eksekutif di Penang menunjukkan sikap yang lebih jelas dalam memberi ruang seluasnya untuk perkembangan Islam dan peruntukan-peruntukan yang berlipat ganda bagi tujuan itu.

Saya percaya perangka strategi PAS sentiasa melihat perspektif gambaran yang lebih besar untuk kepentingan perjuangan Islam dalam merencana gerakan ke hadapan dan bukannya ke belakang.

*** Haji Ahmad Amzad Hashim adalah Setiausaha Lujnah Mobilisasi PAS Terengganu dan juga Presiden NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf
( GANTI )

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan