Insiden Batu Burok; Seputar Kisah 9 September 6 Tahun Lalu

1079

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Saya mencoretkan tulisan ini ketika keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkenaan tragedi Batu Buruk akan diumumkan hari ini, 25 Mac 2104.

Masih saya ingat, pada 9 September 2007, sekitar waktu tengah hari, saya menerima panggilan daripada abang Saudara Suwandi yang memaklumkan bahawa adiknya Suwandi akan dipindahkan dari Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Katanya untuk dibuat pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang tidak dapat dilakukan di Kuala Terengganu. Abangnya yang saya panggil Abang Din bercakap dengan penuh ketenangan di sebalik musibah yang sedang menimpa keluarga mereka.

suwandi1“Insya Allah abang Din, ana tunggu di sini, keperluan-keperluan lain Abang Din jangan fikir. Ana akan mintak sahabat-sahabat Kubang Kerian uruskan.”

Lantas saya hubungi YB Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Pas Kelantan ketika itu untuk membantu menyediakan keperluan logistik termasuk penginapan dan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh keluarga pejuang ini. Mereka adalah insan terpilih untuk diuji, kita hanya mengambil
peluang untuk menumpang sedikit pahala dari ujian Allah yang menimpa mereka.

Bergegas saya ke Unit Kecemasan HUSM, berjumpa dengan beberapa orang pegawai perubatan bekas rakan setugas yang saya kenali semasa berkhidmat di HUSM dahulu. Dalam tempoh yang singkat, telah tiba di perkarangan Unit Kecemasan HUSM beberapa orang sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kelantan dan sahabat-sahabat Pemuda PAS Cawangan Demit, Kubang Kerian. Kebetulan ketika itu saya adalah Timbalan Ketua PAS Cawangan Demit, antara cawangan teras kepada DUN Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

Suwandi tiba di HUSM menjelang waktu lewat petang dengan ambulan Hospital Besar Kuala Terengganu yang turut diiringi anggota polis. Dengan bantuan dari sahabat-sahabat pegawai perubatan di Unit Kecemasan HUSM, saya dapat berada dekat dengan beliau di sebalik kawalan polis. Yang pertama kami teliti adalah gambar X-Ray dada Suwandi. Filem X-ray itu memaparkan dengan jelas sebutir peluru bersarang di dadanya terlalu hampir dengan paru-paru sebelah kanan.

azman1Syukur kepadaNYA, Allah masih mengizinkan saudara kita ini meneruskan sisa perjuangan yang masih berbaki. Borang untuk pengambilan CT-Scan segera diisi yang sepatutnya CT-Scan ini perlu diambil dari HKT lagi kerana filem X-Ray hanyalah gambar satu dimensi yang tidak dapat mengambarkan kedudukan peluru dengan tepat. Nampak jelas bahawa Suwandi tidak menerima rawatan awal yang sepatutnya sesuai dengan tahap kecederaan yang dialami.

Yang lainnya, ianya tak sesuai untuk diceritakan kerana ianya melibatkan etika perubatan dan kerahsian pesakit. Syukur sekali lagi kepada Allah. Pembedahan di HUSM berjalan lancar dan peluru berjaya dikeluarkan. Bila saya menziarahi Suwandi di wad keesokkannya selepas pembedahan, dimaklumkan oleh keluarganya bahawa peluru tersebut telah diambil oleh pihak polis. Dalam hati saya berkata, “cepat sangat mung ambik balik!”

azmanBeberapa hari selepas itu, dengan keadaan Suwandi yang semakin pulih serta mula boleh bercakap, saya berada di sisinya untuk mendengar secara terus apa yang berlaku. Sambil mengengam erat tangannya, air mata saya mengalir saat beliau bercerita detik-detik ketika tembakan mengenai dadanya sedangkan ketika itu beliau tidak mengancam sesiapa. Bagaimana ketika dada kanannya terasa sakit, darah mengalir keluar sehinggalah beliau tidak sedar lagi apa yang berlaku selepas itu.

Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian, saya memikirkan apakah justifikasi telah digunakan seorang anggota polis yang tidak beruniform apabila melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang berhimpun secara aman? Seorang lagi mangsa, Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena tembakan pada lehernya.

Sekarang jam 11.18 pagi, mungkin sekejap lagi keputusan akan diumumkan. Allah bersama para pejuang agamanya.