KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan tujuh Pemuda PAS kawasan membuat laporan polis serentak terhadap kenyataan ‘fatwa’ songsang Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.


Manakala, Pemuda PAS Terengganu dan Pemuda PAS kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Setiu membuat leporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.


Ini kerana, katanya gelaran bughah tersebut tidak menepati tiga syarat yang membolehkan hukuman tersebut dikeluarkan.


“Kedua, bughah itu mestilah keluar dengan bersenjata. Jadi, mereka (rakyat) yang keluar pada malam sambutan tahun baru di Dataran Merdeka itu tidak ada senjata pun yang dibawa oleh rakyat dan ini telah disahkan oleh pihak polis sendiri gambar (orang) yang cedera dan bawa parang itu bukan pada malam tersebut.


Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis tersebut bersama tiga Dewan Pemuda PAS kawasan lain di IPD Kuala Terengganu, hari ini.
Menurutnya, ucapan mufti yang tidak tepat itu menyebabkan merudum ‘saham mufti’ itu sendiri hingga pandangan rakyat jadi terpesong.


Di Besut laporan polis dibuat oleh ketuanya Mohd Zukri Jusoh, Ustaz Helmi Harun di Hulu Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di Kuala Nerus, Syeikh Muhamad Hanafi di Dungun), Ustaz Wan Mohamad Faizol Wan Abas di Kuala Terengganu, Zaidan Abdullah di Setiu dan Aswadi Mohamad di Marang.





























