Aduan Sudah Dibuat; Pak Menteri Masih Tak Sedar Diri?

1121

Oleh : Ahmad Nazri

Pernah pada 4 September 2013 saya mengirimkan satu artikel “Apakah Pak Menteri Sedar?”, saya lebih merujuk kepada tekanan hidup yang dihadapi oleh kebanyakkan rakyat bawahan seperti saya,

Dengan kekangan kewangan yang dihadapi pelbagai masalah kehidupan harus dilalui walaupun dengan keperitan, rupanya ada pak-pak menteri masih tidak sedari!

ADUANDengan duduk selesa di atas hamparan permaidani merah terlupa akan turun-naiknya nafas rakyat dikala kerajaan menaikkan harga barang dan ada pula pak menteri yang celupar mengguris perasaan kami akyat marhaen dengan kata-kata yang kurang enak.

Kami memerlukan pembelaan bukan kami dibalah, kalau buka kamu siapa lagi? Apakah kami perlu merayu meminta kepada kerajaan Thailand atau Singapura?

Kenyataan yang terbaru yang dibuat oleh Menteri Koperasi Dan Hal-Ehwal Pengguna Dato Seri Hasan Malek, Menurut beliau, “kalau ramai yang membantah sudah tentu banyak aduan yang diterima kementerian.

Namun sehingga hari ini, jumlah aduan yang diterima terlalu sedikit. Itu bermakna rakyat Malaysia bersetuju dan tiada masalah dengan kenaikan harga barang.” Aduan apakah yang pak menteri perlukan lagi?

Saya nyatakan aduan saya di sini dan saya telah kirimkan aduan tersebut ke e-aduan@kpdnkk.gov.my

DENGAN INI SAYA RAKYAT MALAYSIA BERNAMA AHMAD NAZRI KHAMIS DENGAN RENDAH DIRI INGIN MEMBUAT ADUAN BAHAWA DATO SERI HASAN MALEK TIDAK LAYAK JADI MENTERI DAN WAJIB MELETAK JAWATAN SEGERA.