[Lihat Video] Jawatankuasa Pemilihan PAS perlu dilihat ‘lebih telus’ pada masa depan kerana PAS sering mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengendalikan urusan pilihanraya.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali bagaimana pun, meminta semua pihak agar menerima keputusan pemilihan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa tersebut.
“Proses pemilihan ini memang sedikit berlaku kekalutan dan barangkali ada yang kurang puas hati tetapi telah dijelaskan apa permasalahannya,
“saya rasa kita kena terima lah keputusan dengan satu peringatan agar tidak berlaku perkara seumpamanya di masa akan datang,
“kerana kita pun minta agar aspek telus dan di peringkat parti kita, lebih telus supaya menjadi modal untuk kita bercakap untuk kita betulkan kepintaran SPR di peringkat Malaysia,”ujarnya ketika diminta mengulas isu-isu yang berkait dengan Muktamar PAS Kali Ke-59, yang berakhir pada Ahad, 24 November.
Menyentuh tentang usul yang dibentangkan dalam Muktamar yang diadakan di Stadium Melawati itu, beliau menyimpulkan usul-usul tersebut adalah bagi ‘pengisian’ kepada PAS, pasca PRU-13.
Katanya, usul yang dibahaskan pada kali ini adalah usul gabungan, antara isu antarabangsa, isu agama, isu ekonomi dan isu sosial.
“Memang usul tahun ini sangat menarik kerana isu ini lebih bersikap luar daripada kerangka kita. Bukan bersifat dalaman. Berbeza dengan tahun lepas sebelum kita pilihanraya kebanyakan usul lebih bersifat dalaman membantu kita untuk menang banyak pada PRU lepas.
“Dan bagi saya usul-usul yang dibentangkan pada kali ini lebih kepada pengisian kepada kemenangan,”jelasnya.
Mengulas tentang kepimpinan yang baru dipilih, beliau berkata, adalah gabungan muka baru dan muka lama, yang akan Insha Allah, menghasilkan politik ‘matang’ dalam PAS.
“gabungan muka baru dan muka lama terutama di kalangan ustaz-ustaz yang baru lah, (seeprti) Ustaz Tantawi, Ustaz Nik Abduh , Ustaz Nik Zawawi, Dr. Riduan, ini nama muka baru dan sedang naik nama di peringkat anak-anak muda.
“Ertinya, harapannya dengan campuran orang lama dan orang baru ini, ia akan melahirkan suatu politik yang lebih matang, lebih hebat, lebih bijak, (dan) lebih berstrategi untuk kita menang dalam PRU yang keempat belas insya Allah,”ujarnya.
Beliau yang turrut bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak mendapat undi yang mencukupi bagi membolehkan beliau menduduki ‘saf’ hadapan kepimpinan PAS.
Ustaz Kahiruddin menduduki tempat ke-19 dari jumlah keseluruhan 61 orang yang bertanding merebut jawatan tersebut.
Seramai 18 orang AJK PAS Pusat telah dipilih pada pemilihan PAS yang diadakan dua tahun sekali dan undi yang beliau perolehi Ustaz Khairuddin adalah ditangga ke-19




























