Kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah membelanjakan wang lebih RM 7.2 bilion bagi membayar kepada firma perundingan swasta dalam tempoh lima tahun dari 2009 hingga 2013 .
Jumlah tersebut menjadikan purata wang rakyat dibelanjakan kepada firma perundingan adalah sebanyak RM4 juta sehari.
Ketika mendedahkan perkara tersebut, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata kerajaan membelanjakan lebih RM721 juta tahun ini sahaja daripada bulan Januari hingga Oktober 2013 sahja.
Beliau berkata, dari 2009 hingga 2012 , perbelanjaan kerajaan bagi syarikat perunding swasta telah menyaksikan purata sebanyak 13.5 % setiap tahun , iaitu dua kali ganda lebih daripada kadar pertumbuhan KDNK tahunan negara kita.
” Jumlah ini kepada RM125 juta sebulan atau RM4 juta sehari.
“Ini adalah satu penggunaan yang tidak bertanggungjawab daripada hasil kerajaan yang sebahagiannya dihasilkan oleh cukai pendapatan tahunan rakyat, ” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Wong Chen berkata Jabatan Perdana Menteri sendiri membelanjakan RM212.5 juta bagi perkhidmatan ‘consultation’ asing dari 2008 hingga 2013.
“Mengapa menghabiskan begitu banyak (bayar) perunding swasta apabila anda (kita) mempunyai pakar-pakar dalam perkhidmatan awam?
“apa agaknya ‘mesej’ yang Perdana Menteri cuba sampaikan ?” katanya








