

Alias mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.
Pertikaman lidah antara Alias dengan Ahmad yang cukup ‘tegang’ pada hari pertama tiba-tiba menjadi agak kendur apabila sampai kepada hari kedua persidangan, mengapa?
Rupa-rupanya Alias telah mendapat isyarat yang berupa amaran dari Putrajaya !
Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein sebelum ini berkali-kali berwirid;
“Kedudukan Umno Terengganu kini cukup selesa, Umno Terengganu telah kembali bersatu, Umno Terengganu kini lebih baik dari hujung tahun lalu,”antara kata-kata Hisham yang diulang-ulangnya setiap kali turun ke Terengganu.
Belum pun habis dingin musim tengkujuh, bahang ‘panas’ perbalahan silam tidak dapat disembunyikan lagi oleh ADUN-ADUN Umno/BN Terengganu.
Tiga gelombang hujan lebat yang turun tidak memadamkan ‘dendam’ kesalahan Ahmad yang pernah disenaraikan oleh Alias sendiri sebagaimana berikut;
1. Ahmad meletakkan mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.
2. Ahmad didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Idris termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.
3. Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.
4. Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri
5. Pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.
6. Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
7. Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap “tidak tepat.”
8. Ahmad juga didakwa “membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008.”




























