PAS Tidak Bina Kemenangan Dengan Fitnah dan Kebencian

26

MARANG: PAS tidak membina kemenangan pilihan raya dengan fitnah dan kebencian tetapi kerja yang bersungguh-sungguh dan hujah yang bernas.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa bagi PAS beranggapan tmtugas dan tanggungjawab tersebut diperkirakan oleh Allah ,ada dosa dan pahala yang menjadi kebaikannya ataupun dosa yang berpanjangan.

“Soal parti lain hendak menang dengan ceplosnya dengan cybertroopernya yang menakutkan kita seolah-olah tidak ada perkiraan dosa dan pahala, itu soal dia,” jelasnya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu itu juga, berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Rhu Rendang yang diadakan di Dewan Tok Guru di Rusila di sini pada 12 Julai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut berkata, PAS ada fokus dan tanggungjawab sebagai sebuah Islam samada di Terengganu ataupun di negeri -negeri lain dalam Malaysia.

“Bermula daripada kita mengenal perjuangan sehinggalah sekarang ini, setiap dari kita adalah duta perjuangan yang akan membawa mesej kasih sayang, mesel perpaduan dan mesej khidmat kepada rakyat,” ujarnya lagii