Papan Tanda Digital Menggangu Tumpuan Pengguna Jalanraya

1597

Papan tanda digital yang dipasang di Jejantas Taman Awam Miri menarik perhatian orang awam yang lalu lalang di situ. Ini termasuk pemandu yang ingin melihat mesej terpapar pada skrin ketika memandu melalui jejantas tersebut. Papan tanda digital ini boleh menarik perhatian pemandu dengan paparan mesej yang lebih cerah terutama pada waktu malam dan boleh dilihat dari jarak jauh dan memaparkan mesej yang sentiasa berubah-ubah. Ianya juga boleh mengalih perhatian pemandu ketika memandu melalui jejantas tersebut disamping gangguan cahaya terang yang menyilau terutama pada waktu malam dan juga semasa hujan di malam hari.

Kita juga menerima aduan dari orang ramai yang mengatakan kecerahan silauan dari cahaya papan tanda digital pada waktu malam boleh menggangu penglihatan pemandu ketika melalui jejantas tersebut di malam hari. Menurut kajian di negara barat, ianya mendapati bahawa pemandu yang melihat papan tanda digital yang berwarna-warni serta mesej bergerak sering menarik perhatian pemandu di jalanraya selama lebih daripada beberapa saat. Sekiranya mereka leka atau lalai ketika membaca mesej tersebut ianya boleh mendatangkan risiko kemalangan sama seperti mereka yang melihat atau membaca mesej dalam telefon bimbit.

Kalau pemandu dilarang mengunakan telefon bimbit semasa memandu, inikan pula pemandu yang membaca mesej yang terpapar bergerak di papan tanda digital melalui jejantas tersebut risikonya serupa bahkan lebih bahaya kepada pemandu dan juga orang lain. Pemandu juga perlu berhati-hati ketika membaca mesej yang terpapar dalam skrin tersebut untuk mengelak kemalangan.

Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan perlu meletakkan papan tanda digital tersebut di tempat yang lebih stratigik dan selamat untuk para pengguna melihatnya tanpa menggangu tumpuan mereka semasa memandu. Walaupun papan tanda digital itu baik untuk mempaparkan mesej kepada orang ramai tetapi ianya tidak begitu sesuai diletakkan di bawah jejantas Taman Awam kerana ianya boleh menggangu tumpuan pemandu, adalah lebih baik letakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.

Harap pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah ini demi keselamatan para pengguna jalanraya yang melalui jejantas tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

**** Artikel adalah Kenyataan Media Haji Jofri Jaraiee Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak