“Kami Bukan Koboi,” Kata Ketua Polis

1036

Ternyata kenyataan Zahid Hamidi ‘tembak dulu’ terhadap penjenayah adalah kata-kata ‘menonjolkan diri’ dan ‘menunjuk-nunjuk’ kerana tujuan kempen pemilihan Umno apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam menegaskan ahli pasukannya hanya manarik picu pistol dalam mempertahankan diri.

Dalam ‘posting’ di akaun Twitter @ KBAB51 petang semalam, Khalid menyertai penafian, bahawa kenyataan kontroversi Menteri Dalam Negeri itu tidak mewakili dasar rasmi pihak polis pabila berurusan dengan penjenayah yang disyaki atau ahli-ahli kumpulan kongsi gelap.

“Kami bukan koboi, kami bukan ‘sengaja-ngaja’ mahu mengambil nyawa rakyat. Kami hanya menembak untuk mempertahankan kita sendiri. Hanya untuk membuat kita semua selamat. @ PDRMsia,

“Dalam tembak menembak, apa pilihan yang ada untuk kami. Berhadapan dengan risiko dibunuh, kami masih mengambil risiko (itu). Hanya untuk membuat anda lebih selamat @ PDRMsia,”. kata Khalid menulis lama sosial tweeter.

Semalam, setelah di serang bertubi-tubi, Zahid Hamidi telah ‘mengendurkan’ perkataanya dengan menyebut bahawa kenyataannya ‘tembak dulu’ itu tidak boleh dianggap sebagai arahan kepada pihak polis.

Justeru, kalau bukan arahan dan kalau bukan dasar tindakan polis, maka sahlah ia hanya ‘gimik’ politik Zahid dalam mempertahankan jawatan ‘Naib Presidennya’ dalam pemilihan Umno!

Namun, itulah wajah politik pemimpin Umno, yang akan bercakap apa jua, untuk tujuan politik, kerana bagi mereka, politik adalah ‘pintu menuju kekayaan’!