Pegawai-pegawai Hamas dan Jihad Islam menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat untuk mengisytiharkan ‘Intifada’ Kali Ketiga terhadap Israel.
“Intifada perlu diperbaharui semula sebagai jalan keluar pada setiap titik konflik,” Ahmad al- Medlal , seorang pegawai kanan Jihad Islam, berkata pada persidangan di kem pelarian Jabaliya Semenanjung Gaza.


Beribu penduduk Gaza telah berhimpun di kem itu dalam menyokong gesaan tersebut, berikutan beberapa siri pertempuran antara tetera Israel dengan para pemuda Palestin yang membaling batu terhadap merka di sekitar al -Aqsa Masjid di atas Gunung Bait beberapa hari kebelakangan ini.
Abu Obeida , jurucakap sayap bersenjata Hamas Briged al-Qassan, juga menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat untuk memulakan kebangkitan dan penentangan terhadap Israel.
Kenyataan beliau dibuat selepas beberapa hari pemimpin kanan Hamas Moussa Abu Marzouk berkata Intifada Ketiga adalah pasti, merujuk kepada pembunuhan dua aggota tentera minggu lalu sebagai tanda pendekatannya.
Kenyataan dari kumpulan pejuang di Gaza berikutan gesaan Mahmud Abbas untuk perundingan penuh bagi menyelesaikan perjanjian damai yang diusahakanya kononnya konflik Israel-Palestin, menawaka pertukaran wilayah dalam perjanjian tersebut.
Sementara itu , kira-kira 150 penduduk Palestin membaling ‘molotov koktel’ dan batu kepada tentera Israel di sebuah kampung di luar Ramallah manakala askar-askar Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap pejuang Palestin.


Pada perhimpunan di kem pelarian Nusseirat jua, Ahli Parlimen Hamas Mushir al-Masri menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melancarkan kebangkitan baru, memberotak menentang Israel.
“Kami menyeru orang ramai rakyat Palestin di Tebing Barat untuk memberontak terhadap ketidakadilan dan penindasan dan mengisytiharkan intifada ketiga terhadap entiti Zionis,” katanya.
Di Barat Hebron, di mana Hamas mempunyai kekuatan, penunjuk perasaan telah membaling batu dan bertempur dengan tentera Israel di pusat bandar dan kem Al-Fara
Medik Palestin berkata bahawa 10 orang telah cedera ringan oleh peluru getah dan dua akibat tembakan peluru hidup.





























