KUALA TERENGGANU – PAS memberi ingatan supaya kerajaan mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang runtuh dan rosak keranakejadian yang melibatkan keselamatan orang ramai iru masih berlaku khususnya di negeri Terengganu.
Yang terbaru kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul wahid Endut adalah kejadian tangki air Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan ‘meletup’dan pecah pada beberapa hari yang lalu. [Gambar atas]


“(sedangkan) bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang teah ditetapkan),”ujarnya.
Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu ‘kelaziman’ berlaku seperti kejadian stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.


Katanya, sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan dan kebimbangan tentang keselamatan diri mereka.
Oleh itu, Beliau berharap perkara terbabit diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.
“benda-benda macam ni sampai bila akan berterusan……….saya bimbangsehingga satu tahap sehinggakan rakyat hilang keyakinan dan mereka bimbang tetang keselamatan diri mereka,
“jadi……saya berharap perkara ini diambil perhatian yang serius supaya tidak timbul, seperti yang kita tak mahu berlaku……orang menggelarkan negeri Terengganu ni macam-macam……,”jelasnya.
Beliau berkata kejadian tangki air Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan yang ‘meletup’ dan pecah adalah kejadian yang kedua berlaku seumpanya.
Tangki air tersebut meletup pada kira-kira jam 11.30 malam 4 September lalu, manakala kejadian yang serupa berlaku di Sekolah Menengah Paka [Gambar kiri bawah] pada 14 Julai tahun lalu.





























