Di Besut, seorang penuntut sebuah universiti di Jepun yang pulang ke tanah air sempena cuti semester mengalami lebam dan luka di bahagian kepala serta hampir keseluruhan badan, akibat dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Batu Tumbuh, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Kampung Nail, Kuala Besut telah memandu kereta berseorangan pergi bermain futsal dengan rakannya.


Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.
Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.
Di Hulu Terengganu, tiga lelaki bertopeng menerpa secara tiba-tiba, mencekik serta meletak pisau di leher pengawal keselamatan yang kemudiannya diikat kedua tangan dan kaki, selama empat jam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi semalam, disebuah pasaraya.
Dua pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuala Berang, Hulu Terengganu cedera selepas dipercayai cuba bergelut dengan tiga penyamun bersenjatakan pisau pemotong daging, dalam satu kejadian samun bersenjata di pasar raya berkenaan, awal pagi, semalam.
Ketua Polis daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, ketiga-tiga suspek yang dipercayai warga Indonesia itu telah menyerang mangsa pertama, Kasim @ Mat Amin sementara mangsa kedua, Mat Ali ketika itu sedang membuat rondaan keselamatan di kawasan pasar raya.
Di Kuala Terengganu, seorang ibu tidak menyangka dua remaja tergamak membelasah anak lelakinya yang baru berusia lapan tahun sehingga retak di tulang rahang, dalam satu kejadian di Kampung Bukit Guntong Banggol Peradong, Manir, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian itu hanya diketahui ibu kepada kanak-kanak malang itu kira-kira jam 5.30 petang selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.
Semua paparan itu di terbitkan oleh Sinar harian Edisi Terengganu hari ini Jumaat 30 Ogos, 2013
Selamat menyambut hari merdeka ke 56……….. Syukurlah negaraku masih aman……… masih selamat………….????




























