Bersama rejim ‘Kudeta’ atau hadapi pendakwaan

836

Seorang hakim telah memutuskan bahawa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang boleh dibebaskan dari penjara sementara menunggu siasatan lanjut ke dalam tuduhan rasuah terhadap beliau.

Pembebasan pemimpin otokrasi Mesir itu akan dilihat sebagai satu lagi tanda menegaskan rejim lama telah kembali, hanya beberapa minggu selepas Mohamed Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, telah digulingkan oleh tentera.

120610120655-hosni-mubarak-trial-horizontal-galleryHosni Mubarak akan keluar dari penjara yang kini menempatkan ramai anggota kanan Ikhwan Muslimin dan musuh kepada rejim kudeta.

Dalam pada itu, pegawai keselamatan Mesir dan stesen televisyen nasional melaporkan bahawa Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin kini sudah ditahan.

Kementerian Dalam Negeri berkata Mohamed Badie, 70 tahun, ditahan di apartmennya di bandar Nasr, timur Kaherah.

Kediamannya terletak berdekatan Dataran Rabaa al-Adawiya di timur Kahirah, tempat penunjuk perasaan mengadakan bantahan besar-besar selama enam minggu sehinggalah pihak berkuasa menggempur mereka pada Rabu lalu.

Badie dan timbalannya, Khairat el-Shater, bakal dihadapkan ke mahkamah bulan ini kerana peranan mereka menghasut keganasan yang menyebabkan pembunuhan lapan penunjuk perasaan di luar ibu pejabat Ikwanul Muslimin di Kahirah pada Jun lalu.

Sementara itu, sumber kehakiman berkata dakwaan baru akan turut dihadapkan ke atas Morsi, yang ditahan pihak berkuasa di tempat rahsia sejak 3 Julai lalu.

Mohamed-ElBaradeiDalam masa yang sama, Mohamed ElBaradei, pemenang hadiah Nobel yang meletakkan jawatan Naib Presiden dari kabinet sementara Mesir sebagai protes atas pertumpahan darah minggu lalu, menghadapi tuduhan dan akan diheret ke mahkamah selepas dituduh sebagai “pengkhianatan negara”.

El-Baradei adalah pemimpin Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF), sebuah gabungan yang terkenal kuasa liberal dan sekular yang menyertai demonstrasi di seluruh negara terhadap Presiden digulingkan Mohamed Morsi.

Pembebasan Hosni, penahanan Badie, dan pendakwaan El-Baradei mencetuskan kebimbangan akan meningkatnya keganasan di Mesir.

Penganalisi media menyifatkan, keadaan akan bertambah meruncing kerana rejim Kudeta dan pemerintah tentera hanya melaungkan slogan mahukan demokrasi, sebaliknya menggunakan kekuasaan untuk menghapuskan musuh-musuhnya.

“samada kamu bersama rejim atau kamu menghadapi tuduhan dan didakwa di mahkamah,”kata seorang penggiat media yang ditemubual al-Jazeera