‘Drama’ di Mesir pernah dilakonkan di Kelantan

1312

MARANG – Peristiwa pengepungan tentera Ahzab ke atas Madinah yang berlaku pada bulan Syawal adalah hikmah Allah SWT bagi menunjukkan kepada manusia  yang  Islam itu bukan zalim dan tidak jahat.

Tetapi, tegas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ia memperlihatkan bagaimana musuh-musuh Islam menghalang manusia dari menerima petunjuk al-Quran.

Sehubungan itu, menurutnya dalam dunia yang dikatakan maju masakini, kemenangan Islam melalui demokrasi moden juga turut dinafikan sebagaimana yang berlaku di negara ini, Palestin dan Mesir baru-baru ini.

eidul fitri perantau1“setelah menang (melalui pilihanraya dan demokrasi) usaha di jatuhkan pula, seluruh dunia menyaksikan peristiwa yang berlaku di Palestin dan di Mesir dan berlaku di mana-mana,

beberapa tahun yang lalu, kemenangan Hamas tidak diiktiraf, mereka menubuhkan kerajaan ‘minoriti’ di Tebing Barat dan Hamas terpaksa tubuhkan kerajaan di Gaza, pdahal ia dipilih melalui demokrasi,

“hari ini kita menyaksikan rampasan kuasa tentera di Mesir, dilakonkan ‘satu penipuan’ (yang) pernah kita hadapi pada tahun tujuh puluhan di Kelantan,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Idul Fitri, Anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan di Dewan Tok Guru, di Masjid Rusila dekat sini pada Jumaat malam 9 Ogos.

Menurutnya, dilakonkan ‘ satu demonstrasi’ dan diisytiharkan darurat serta diadakan semula pilihanaya pada tahun 1978 di Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS.

Sementara di Mesir, dikerah rakyat di kawasan setinggan, rakyat di pendalaman diangkut untuk melakukan demonstrasi kerana kerajaan Islam yang baru setahun ditubuhkan di Mesir, tidak dapat menyelesaikan masalah.

Sedangkan kata beliau, masalah-masalah tersebut adalah tinggalan ‘regim’ Hosni Mubarak sejak 30 tahun yang lalu.