Segala kebesaran milik Allah SWT yang menguji kita umat Islam pada Tragedi menyanyat hati pada Syawal tahun ini mrnguji umat Islam di seluruh dunia.
Murshidul Am PAS Tuan Guru Dato NikAziz Nik Mat berkata, kesemuanya mengingatkan kita agar sentiasa menyedari dan menginsafi bahawa kerajaan adalah milik Allah SWT.
“pada hari ini di saat mana-mana kerajaan berkuasa, belum tentu lagi di hari esok ia akan terus menjadi kerajaan. Hakikatnya, kerajaan di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.
“Saya menyatakan perkara ini bagi mengingatkan kita semua tentang apa yang sedang berlaku di bumi ambiya’ iaitu di Mesir pada hari ini (dimana) kita menyambut Syawwal dalam keadaan saudara-saudara kita di Mesir sedang berdepan dengan rampasan kuasa yang sungguh menyayat hati,”ujarnya dalam pertutusan sempena Eidul Fitri
Menurutnya, sekalipun demokrasi telah mengesahkan kemenangan kerajaan pilihan rakyat, namun muncung senapang sekali lagi menjadi senjata sekular untuk menidakkan demokrasi.
Lalu, katanya, pada saat rakyat di seluruh Mesir bangkit hanya bersenjatakan doa dan perarakan aman sahaja, mereka dipaksa untuk bersahur dan berbuka dengan bedilan peluru oleh tentera negara mereka sendiri.
Beliau berkata, ia juga berlaku di Syria.
“Kita laungkan takbir raya pada saat kaum muslimin di Syria sedang melaungkan takbir jihad.
“Kita melakukan persiapan membeli pakaian hari raya ketika kaum lelaki di Syria menyiapkan kelengkapan perang menentang rejim zalim yang enggan turun dan tunduk pada desakan rakyat,” jelasnya
Hasilnya, kata beliau saban hari kita melihat gambar-gambar mereka yang terkorban di Syria dibunuh tanpa belas kasihan.
“Inilah ujian daripada Allah SWT. Ujian kepada tahap persaudaraan yang kita miliki. Justeru, dalam pada kita riang gembira menyambut hari raya pada kali ini,
“luangkan masa kita untuk sama-sama menadah tangan agar Allah SWT menurunkan pertolonganNya kepada umat Islam di Mesir, Syria bahkan di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia,”tegasnya
Oleh itu, beliau memohon agar umat Islam terusk berjuang dan berdoa, agar kezaliman melutut sujud di hadapan kebenaran.
Belia berhatap dengan kedatangan Syawal, Ramadhan yang berlalu berjaya memahat nilai taqwa dalam benak sanubari seluruh umat Islam.
“Semoga Syawwal yang tiba juga berjaya memugar kembali kekuatan hasil tarbiah Ramadhan yang kita lalui. Ingatlah, jika di bulan Ramadhan berlakunya perang Badar, maka di bulan Syawwal telah berlakunya perang Ahzab.
“Kedua-duanya dimenangi dengan gilang gemilang oleh Rasulullah SAW. Tiada yang pelik jika pertolongan Allah SWT yang pernah turun di medan Badar dan Ahzab akan turun buat kesekian kalinya untuk umat Islam pada hari ini,”jelas









