Nasihat Kepada Bakal Siswa dan Siswi…………

979
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/610x.jpg

Beliau adalah seorang pensyarah Jabatan Pembedahan di Univ. Baghdad dulu. Walaupun hakikatnya saya cuma terlewat beberapa saat di belakangnya.

Memang beliau seorang insan hebat. Pakar bedah bertaraf Queen Council (QC). Bahasa yg digunakan terhadap saya pun sangat ‘hebat’! “Berambus kamu dari sini!!” He… he… adab anak dagang di rantau orang, bagaimana sekalipun diperlakukan, sehabis kuliah, saya menyusurinya kembali ke bilik.

Niat saya hanya sekadar utk memohon maaf atas kesilapan terlewat yang tak disengajakan tadi. Saya menjangkakan sekali lagi akan menerima sergahan dengan bahasa yang ‘paling enak’ didengar dari tok arab ni. Paling tidak pun saya akan disuruh berambus sekali lagi.

Dengan perlahan saya ketuk pintu biliknya, masyaAllah… sambutannya sangat mengejutkan. Beliau memeluk saya dengan penuh kasih sayang, mempersilakan saya duduk dan memohon maaf atas sikap beliau tadi. Saya masih ingat nasihatnya… ” anakku… saya adalah bekas pegawai tinggi tentera, dalam tentera kita diajar, satu saat boleh membezakan antara hidup dan mati.

Mungkin anakku merasakan bahawa terlewat beberapa saat bukan suatu kesalahan, tapi ambillah pengajaran dari apa yang berlaku pada hari ini dan ingatlah ia sepanjang hayatmu wahai anakku!” Pesannya penuh bermakna. Air mata saya menitis tanpa disedari.

Rupanya masih ada yang menyayangi kita. Bayangkan ketika itu di Univ. Baghdad sekitar tahun 1993-1999, hanya saya seorang diri anak Malaysia yang menuntut di situ. Hikmahnya lantaran dari peristiwa itu, saya menjadi pelajar kesayangan yang sangat rapat dengannya.

Ketika mahu meninggalkan bumi Iraq sekitar tahun 1999, berkali-kali beliau menasihatkan supaya jangan balik sebelum menyambung pengajian di peringkat master terlebih dahulu… wahai adik-adikku para siswa/i dan bakal2 siswa/i… jagalah masa anda sebaiknya. Kata Hassan Albanna. ‘Masa adalah kehidupan…’