Terengganu, Malaysia

Sokongan Anak Muda kepada PAS semakin Meningkat

Sokongan Anak Muda kepada PAS semakin Meningkat

KUALA TERENGGANU – Kehadiran luar biasa golongan muda dalam Himpunan Teguh Memimpin Terengganu membuktikan sokongan generasi berkenaan terhadap PAS terus menunjukkan perkembangan positif, sekali gus menjadi petunjuk penting kepada kekuatan gerakan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Ariffin Deraman berkata, kehadiran anak muda dalam program berkenaan amat memberangsangkan apabila konvoi yang disertai puluhan ribu peserta turut menyebabkan kawasan masjid yang disinggah tidak mampu menampung jumlah kehadiran.

Katanya, sambutan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi konvoi anak muda, malah program Pemuda yang berlangsung pada petang ini turut menerima penyertaan luar biasa.

“Saya teringat Allahyarham Tuan Guru Harun Taib pernah menyatakan kepada saya, kalau hendak melihat kemenangan PAS, tengok kepada anak muda.

“Muslimat juga hebat, tetapi saya maksudkan ini dalam konteks anak muda,”, ujarnya.

Sokongan Anak Muda kepada PAS semakin Meningkat

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya, di Dewan Arena Square, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata perkembangan sokongan itu turut dapat diperhatikan apabila golongan muda semakin aktif berada di markas-markas PAS pada waktu malam serta terus memberikan sokongan kepada perjuangan parti.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan program As-Sabiqun semalam tidak kurang hebatnya apabila mencatatkan kehadiran lebih 1,500 peserta, selain penyertaan ribuan Muslimat yang turut memeriahkan himpunan berkenaan.

Jangan Anggap Kemenangan 40-0 Berulang Secara Mudah

Sehubungan itu, seluruh jentera PAS Terengganu diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian kemenangan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 dan lapan kerusi parlimen kerana ia tidak akan berulang secara mudah.

Dato’ Ustaz Ariffin Deraman menambah, kemenangan besar yang dicapai parti itu perlu diterjemahkan melalui kerja berterusan dan kesungguhan seluruh jentera di setiap peringkat.

“Apabila kita mendapat kepercayaan yang besar, memelihara kepercayaan itu jauh lebih mencabar.

Sokongan Anak Muda kepada PAS semakin Meningkat

“Kita tidak boleh menganggap keputusan lalu akan berulang sekiranya kita tidak bekerja bersungguh-sungguh,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihanraya di porgram Himpunan Teguh Memimpin Terengganu.

Mengulas lebih lanjut,jelasnya pencapaian tersebut merupakan satu rekod politik yang perlu dipertahankan melalui persediaan rapi, kesatuan organisasi dan gerak kerja pilihan raya yang berterusan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh jentera supaya menjadikan kemenangan lalu sebagai amanah dan tanggungjawab besar, bukannya alasan untuk mengurangkan momentum perjuangan parti.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan