Terengganu, Malaysia

PAS Terengganu Memperkukuh Persiapan

PAS Terengganu Memperkukuh Persiapan

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu terus memperkukuh persiapan menghadapi pilihan raya menerusi penyelarasan gerak kerja dan perancangan bersama Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Dato Ariffin Deraman berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi memastikan persiapan dan gerak kerja pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

Menurutnya, perkembangan semasa PRN Melaka turut menyaksikan kesemua lima calon Perikatan Nasional (PN) disahkan bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Paya Rumput, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang dan Bemban.

PAS Terengganu Memperkukuh Persiapan

“Saya menghadiri Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi membincangkan gerak kerja serta persiapan menghadapi pilihan raya.

“Insya-Allah, seluruh jentera Perikatan Nasional akan terus memperkemas perancangan, memperkukuh gerak kerja dan meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi PRN Melaka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosial rasminya semalam.

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh pimpinan dan petugas yang terus memberikan komitmen serta kerjasama dalam melaksanakan amanah parti.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan