Jawatan terakhir beliau adalah, guru besar di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, selain pernah menerajui Majlis Guru-guru Besar dan Persatuan Belia 4 B, bagi daerah Kuala Terengganu dan peringkat negeri.
Beliau yang merupakan pengasas Umno Cawangan Bukit Depu dan ahli parti Umno selama lebih 30 tahun, kini telah ‘beralih’ dan menjadi ahli PAS.
Beliau berkata, borang permohonan menjadi ahli PAS yang dihantarnya pada tahun 2008, telah diluluskan dan dengan rasminya beliau adalah seorang ahli PAS sejak tahun 2010 lalu.
“saya masuk (PAS) masa pilihanraya kecil Kuala Terengganu……saya isi borang (tapi) baru dapat keahlian pada tahun 2010….. sebelum tu….dulu-dulu….ada (jadi ahli) Umno sejak saya bertugas (sebagai guru),
“saya menaja Umno Cawangan Bukit Depu……,”ujarnya ketika ditemubual di rumahnya pada Selasa 11 Disember [Lihat Video]
Menurutnya, terdapat banyak perbezaan di antara PAS dan Umno, terutamanya dari sudut kepimpinan PAS.
“perbezaan antara PAS dengan Umno….banyaklah, yang paling ketara (dari sudut) kepimpinan…..pemimpin PAS banyak (ramai) terdiri dari orang yang mempunyai maklumat agama, tak kira samada dia seorang ulamak ke atau (seorang) pengajar…Ustaz,
“golongan ini yang memimpin parti (PAS), (tetapi pemimpin) Umno bukan golongan ini, banyak korporat dan sebagainya,
“kalau tengok (beza antara dua ini) hok ni (PAS) kita boleh menumpang untuk akhirat, hok ni (Umno) tak boleh….hok ni tah ke nu (dunia),”jelasnya.
Bercakap soal politik semasa, Cikgu Mohamad berpandangan, ‘mood kebangkitan rakyat’ untuk menggantikan Umno sebagai pemerintah sedang melanda di seluruh negara.
Katanya, dari maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan sejawatannya termasuk di Sabah Sarawak, perubahan sedang berlaku dimana-mana.
Bahkan, beliau yakin, ada ‘gelombang perubahan’ yang sedang berlaku di negeri Terengganu, namun katanya, ia tidak kelihatan dan berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1999.
“InsyaAllah, kalau ada kesepaduan diantara dalaman parti (PAS) dan (antara) parti gabungan dalam Pakatan (Rakyat), bukan sahaja Terengganu (akan menang) bahkan seluruh negara,
“saya ada (ramai) kawan-kawan yang duduk di Terengganu dan di luar Terengganu sampai Sabah (dan) Sarawak pun ada kawan-kawan saya semasa (dalam) Majlis Guru Besar dulu,
“di Terengganu, nampak ‘slow’ tapi hakikatnya tidak ‘slow’….dia panggil ‘silence (majority)’ tak banyak bercakap….dalamnnay ada, InsyaAllah….ada perubahan berlaku,”katanya yakin.
Beliau sudah membuat keputusan undi mengundi PAS pada pilihanraya umum akan dan yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan menang dan dapat memerintah negeri Terengganu serta negara Malaysia




























