MOleh: Fatimah Din
MARANG – Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang antara kawasan yang mencatatkan kelulusan tanah yang tinggi bagi tujuan kediaman dan pertanian.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hassan Awang berkata, sekaligus, mencerminkan usaha berterusan dalam membantu rakyat mendapatkan manfaat daripada sumber negeri.
“Ini bukan sekadar untuk kepentingan generasi hari ini, malah bagi memastikan negeri terus menjadi teras pemerintahan yang memelihara kepentingan bangsa Melayu beragama Islam serta menjamin kesejahteraan anak cucu pada masa hadapan, ” katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Seragam Hijau yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Taman Medan Jaya di sini pada 14 Oktober.
Beliau turut memuji Program Seraga Hijau yang dianjurkan Muslimat dengan menyifatkan sebagai platform dalam merapatkan hubungan antara pimpinan dan masyarakat setempat, untuk berinteraksi secara langsung dalam suasana mesra dan harmoni….
.


“Pendekatan turun padang melalui program kemasyarakatan amat penting bagi memastikan hubungan antara pimpinan dan rakyat terus terpelihara, sekali gus mewujudkan suasana kebersamaan dalam membina masyarakat yang sejahtera,” ujarnya.
Seramai 50 orang yang layak telah menerima sumbangan barangan dapur dan sayuran segar.
Menurutnya, usaha yang dilaksanakan pada hari ini bukan hanya untuk kepentingan masyarakat semasa, malah sebagai persediaan memastikan anak cucu pada masa hadapan terus menikmati kehidupan yang baik dan harmoni.
“Saya berharap program sebegini akan menjadi medan untuk menyemai semangat saling membantu, mengukuhkan ukhuwah serta menggalakkan masyarakat bekerjasama dalam perkara kebajikan dan ketakwaan,” katanya lagi.



























