PAS Hang Tuah Jaya Fokus Tawan Semula Bukit Katil Pada PRN16

8
Muhammad Al Afiz Yahya

MELAKA – PAS Kawasan Hang Tuah Jaya memberi tumpuan kepada pengukuhan gerak kerja pilihan raya, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, dalam usaha mengulangi kemenangan yang pernah dicapai parti itu pada 2013.

Yang Dipertuanya, Muhammad Al Afiz Yahya berkata, persiapan jentera pilihan raya menjadi keutamaan bagi memastikan seluruh jentera di bawah kawasan berkenaan bergerak aktif mengikut DUN masing-masing menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menurutnya, Bukit Katil menjadi antara fokus utama PAS Hang Tuah Jaya dalam usaha mengembalikan kemenangan yang pernah diraih di kawasan itu sebelum ini.

“Saya memang fokus kepada gerak kerja pilihan raya dalam Hang Tuah Jaya, terutama dalam Bukit Katil.

“Sebagai YDP Kawasan, sudah pasti saya akan memastikan DUN Bukit Katil ini bekerja bersungguh-sungguh dan kami akan pastikan PAS sekali lagi berjaya menawan kembali Bukit Katil yang pernah dimenangi pada tahun 2013 dulu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini mengulas persiapan jentera pilihan raya baharu PAS Kawasan Hang Tuah Jaya bagi menghadapi PRN akan datang.

Al Afiz turut menegaskan bahawa mengenai hala tuju jentera, beliau berkata setiap pasukan akan melaksanakan gerak kerja berdasarkan DUN masing-masing, tanpa mengira parti yang bakal mewakili kawasan berkenaan sekiranya berlaku kerjasama politik dalam PN atau penyatuan ummah.

Katanya, matlamat gerak kerja tersebut adalah untuk memastikan seluruh DUN di bawah Hang Tuah Jaya dapat dimenangi dan seterusnya membuka ruang kepada gabungan berkenaan membentuk sebahagian daripada kerajaan negeri selepas PRN16.

“Siapa pun yang akan bertanding di DUN-DUN dalam Hang Tuah Jaya, walaupun rakan parti dalam PN atau berlaku penyatuan ummah, kita akan pastikan DUN-DUN dalam Hang Tuah Jaya menang dan menjadi sebahagian kerajaan dalam Negeri Melaka selepas PRN16,” ujarnya.

Tambahnya, sebelum 2018 dun bukit katil dikenali dun Bukit Baru. PAS menang di DUN tersebut pada Pilihan Raya tahun 2013.

Kawasan tersebut dimenangi oleh Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Dr Md khalid Kassim.