Insiden Felda Selasih; Datuk Mohd Jidin Juga ‘Anasir Luar’

711
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/wahid%20pemandu%20teksi.jpg

Menurutnya, bukan semua peneroka Felda adalah ‘orang Umno’ dan tindakan menjadikan kanak-kanak serta wanita sebagai benteng manusia menghalang konvoi terbabit adalah amat memalukan.

“sekat Konvoi ANAK masuk ke Felda Selasih……dia sekat hak rakyat untuk mendapatkan maklumat, jadikan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng amat memalukan….apa yang Umno takut?,

“bukan semua orang dalam Felda orang Umno,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dengan Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi disini hari ini, Ahad 9 Disember.

Menyentuh dakwaan Ketua Umno Bahagian Setiu Datuk Mohd Jidin Shafe yang menyokong halangan tersebut dengan mendakwa ANAK adalah anasir luar, Haji Wahid berkata Mohd Jidin juga bukan orang tempatan Setiu.

“(Datuk) Mohd Jidin pun bukan orang tempatan, saya nak beritahu….dia rakyat saya dalam kawasan Parlimen Kuala terengganu…..dia tiggal di Losong,”tegas Wahid.

Oleh itu, kata Haji Wahid, tidak timbul maslaah ‘anasir luar’ kerana Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang mengizinkan mana-mana rakyatnya menjalankan aktiviti yang dibenarkankan mengikut perlembagaan dan undang-undang.

>>berita lanjut menyusul>>