Beliau (gambar kanan) berkata, Umno sudah tidak sesuai bagi dirinya, kerana berlaku penyelewengan dan pilih kasih dalam memberikan bantuan kepada rakyat.
Katanya, Umno sering mendakwa parti itu mendahulukan rayat, namun ia hanyalah ‘kecek’ pemimpin Umno.
“saya rasa ada tak betul dalam Umno, itu yang saya rasa tidak sesuai (lagi untuk saya)….(berlaku) penyelewengan ada dari segi di kapung tu, dia (Umno) pilih kasih sangat,
“orang yang perlu dibantu, dia tak bantu……orang yang tak perlu (kan bantuan)….dia bantu. Jadi saya rasa tak boleh macam tu,”jelasnya ketika ditemui.
Mohd Sharif yang telah menjadi Umno selama 30 tahun, akhirnya memutuskan keluar dari Umno dan menyertai PAS.
Katanya, sebelum itu, sejak beliau boleh mengundi, beliau memangkah Barisan Nasional pada setiap kali pilihanraya, kecuali pada pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 lalu.
“Sebelum ini memang saya ahli Umno, saya pangkah Umno(BN) tapi mengundi baru ini (2008) saya pangkah PAS dah, tapi dengan rahsia saya saja tak ada orang tahu,
“kali ini (PRU-13) jelas dah lah, bulat (PAS) dah lah,”tegas Sharif dengan sukacitanya.


Beliau yang pernah menjadi Ketua Pemuda Cawangan Air Terjun dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, turut melahirkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan,YB. Dr. A. Rahman Mokhtar.
“saya memang tak suka dia (Dr. A. Rahman) saya rasa tak boleh masuk ‘line’ dia, memang dia tak bantu rakyat kebanyakkan yang perlu dibantu, dia tak bantu….dia hanya cakap nak bantu, tapi tak bantu,”jelasnya.
Menurut beliau, sepatutnya Dr. A. Rahman membantu penduduk Kampung Tok Sabah dalam kes perobohan rumah baru-baru ini, tatapi wakil rakyat Umno-BN itu tidak berbuat apa-apa.
Mohd Sharif bersama rakan-rakanya telah mengisytiharkan keluar dari Umno dan menyertai PAS secara rasminya pada 8 Jun 2012.
Borang keahlianya bersama 53 orang yang lain, telah diserahkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih (gambar atas, kiri).




























