‘R’ Akan Kaji Kedudukan Medan Minyak Bertam PM307

1513
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/PM307%20Milik%20Siapa.jpg

Menurut Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah, dari maklumat yang didapati, medan minyak yang kononnya akan memberikan hasil royalti kepada negeri Perdana Menteri itu sebenarnya terletak dalam kawasan negeri Terengganu.

“InsyaAllah, ‘R’  juga akan mengkaji , sebab maklumat yang kita dapat blok PM307 (Medan Bertam) yang dikatakan dalam perairan Pahang sebenarnya hasil dari (negeri) Terengganu,

“ ia berhampiran dengan Kerteh (Kemaman) dan (bukan) Kuantan…. ‘R’ tak nak ulas (panjang) , sebab kita nak buat satu kajian dulu bersama R & D kita,”ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya hasil kajian menunjukkan letak duduk sebenar mdan minyak terbaru itu adalah di negeri Terengganu, ‘R’ akan bertindak memperjuangkannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai program ‘Hak Anda dan Kuasa Polis’, yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Pantai Teluk Ketapang dekat sini, pada Jumaat 30 November.  [Lihat Video]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/IMG_6276.jpgPada 30 Oktober 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Najib berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Penemuan minyak di medan Bertam juga menimbulkan kontroversi apabila Exco Kerajaan negeri Kelantan, Dato Husam Musa menyatakan bahawa negeri Kelantan berhak dan akan tuntut minyak yang baru diumumkan jumpa di kawasan eksplorasi blok PM307 yang dipanggil sebagai medan minyak Bertam.

Husam pada 31 Oktober lalu berkata, negeri Kelantan berhak mendapat royalti minyak dari kawasan Bertam kerana kawasan tersebut berada dalam perairan negeri Kelantan.

Sehubungan itu, Fauzi menegaskan, tindakan itu bukan bertujuan menafikan hak rakyat negeri Pahang tetapi ia adalah selaras dengan matlamat penubuhan ‘R’ mahu mempertahankan hak rakyat negeri Terengganu dan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu.

Menurutnya, ‘R’ ditubuhkan pada 19 November lalu hasil pemuafakatan 35 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung bagi memperjuangkan dan memastikan royalti minyak dikembalikan.