Ini kerana, katanya asas rujukan parti PAS yang tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ dan Qias.
“Insya’Allah, PAS akan terus dipimpin oleh ulama’ kerana dasar PAS tidak berubah iaitu Islam. Rujukan PAS tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias.
“Itu (Islam) adalah undang-undang tubuh PAS, perlembagaan PAS, dasar PAS sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang, Insya’Allah,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ PAS Pusat Kali ke-51 di Dewan Duyung Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bahru pada Khamis 15 November.
Menurut Ustaz Harun, memandangkan PAS merupakan sebuah parti Islam sudah tentu golongan ulama’ yang akan memimpinnya.
Ketika ditanya peranan Mursyidul Am PAS dalam urusan kepartian, Ustaz Harun menjelaskan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemantau serta penasihat parti.
“Mursyidul Am, itu dia (Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) duduk di atas sekali dan memantau parti supaya parti tidak lari dari landasannya (Islam).
“Dia (Nik Aziz) memantau sama ada yang dijalankan oleh Presiden parti (Ustaz Abdul Hadi) dan Ahli Jawatankuasanya itu betul-betul mengikut lunas Islam atau tidak dan jika tidak, dia akan memberi teguranlah,” ujarnya kepada pihak media.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa secara umumnya Pakatan Rakyat menerima syariat Islam dilaksanakan.
Katanya, apabila PAS berjaya mendapat keyakinan rakyat bagi memimpin negara syariat Islam akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.
“Dalam PAS tidak ada yang menolak hudud dan semuanya sepakat. Dalam Pakatan pun semua setuju secara umumnya bukan sahaja hudud tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan. Bila kita (PAS) berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia.
“Tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. Jika kita (PAS) majoriti dalam Parlimen, kita kena kemukakan undang-undang berkaitan dan jika mendapat sokongan parlimen akan diluluskan. Maka, dengan sendirinya akan jadi undang-undang negara,” jelasnya.
Namun begitu, kata Ustaz Harun, parti-parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai dasar masing-masing dan tidak menjejaskan parti lain.
Tambahnya, permuafakatan PAS dengan parti lain telah berjaya memperkenalkan Islam serta sistem Islam kepada parti-parti lain.
Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Haji Ahmad Yaakob dan Dato’ Dr Mahfuz Muhammad.
Muktamar yang ditangguhkan sejak Jun lalu adalah merupakan muktamar terakhir sebelumm berhadapan dengan Pilihanraya Umum yang ke-13 (PRU 13) selewar-lewatnya bulan Mac tahun depan.
Oleh itu, menurut jurucakap perwakilan PAS Trengganu Dr Azma Ibrahim, ia adalah medan terbaik kepada para pemimpin mengemukakan idea menuju kepada kemenangan PAS pada PRU 13 kan datang.
“Di sinilah medan terbaik utk setiap perwakilan dan pimpinan merumuskan idea mantap bagi membentuk kesatuan fikrah dan tindakan yang terbaik,
“dalam rangka untuk merealisasikan tema ‘Negara Berkebajikan, Teras Perpaduan’,”jelasnya.
Oleh itu, katanya, perbahasan insyaAllah akan menumpukan persoalan isu setempat, persoalan kepimpinan, pengukuhan dan kesatuan parti, isu-isu nasional dan juga antarabangsa.
Antara mereka yang akan mewakili kawasan-kawasan dai negeri Trengganu adalah seperti berikut;
Kawasan Kuala Terengganu ;
1. YB Dato’ Tg Hassan Tg Omar
2. Ust Wan Sukairi Wan Abdullah
3. Ust Mohd Soud Said
4. Hj Zainuddin Abu Bakar
5. Dr. Sulaiman Abdullah
Kawasan Kuala Nerus:
1. M.Shukrimun Shamsuddin
2. YB Dr Hj Alias Razak
3. Ust Ismail Mamat
4. Ust Ismail Dagang
5. Ust Zakaria Dagang
6. Ust Ridhuan Hashim
7. Hjh Shamsiah Zakaria
Kawasan Setiu;
1. Ust Mohd Pauzi Muda
2. Ust Shaarizukirnain Abd Kadir
3. Dr Azman Ibrahim
4. Aminuddin Umat
5. Wan Ramlah Abdul Rahman
Kawasan Besut;
1. Ust Wan Azhar Wan Ahmad
2. Solahudin Jaafar
3. Aminudin
4. Mohd Syamri Abd Razak
5. Zukri Jusoh
6. Abd Halim Tausah
7. Adam Said
Kawasan Hulu Terengganu
1. Dato Harun b Taib
2. Ust Ismail b Osman
3. Hj Muhyidin b Abd Rashid
4. Hamazah b Md Latif
5. Ust Kamaruzzaman b Abdullah
6. Mohamad b Abdullah
7. Suhaimah bt Alias
Kawasan Dungun
1. YB Ust W Hassan Mohd Ramli
2. Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Us Nordin Othman
4. Hj Alias Harun
5. Pn Hjh Siti Zaleha Mohd
6. Pn Hjh Saodah Solehah
7. Wan Mohd Adib