Kapal Pemusnah AS Lari Selepas Tembakan Amaran Tentera Laut Iran

58
Dua kapal pemusnah Amerika—DDG-103 dan DDG-87—serta kapal amfibia, sering mengganggu laluan perairan antarabangsa

Kapal pemusnah AS lari dari perairan Oman selepas tentera laut Iran memberi amaran dengan melepaskan peluru berpandu jelajah dan dron ke arah armada yang beroperasi Dldi situ, memaksa mereka berundu.

Menurut kenyataan Tentera Iran pada hari Jumaat,kapal perang AS seeing menyebabkan laluan perjalanan ‘vesel’ antarabangsa terganggu

“Sebagai sebahagian daripada operasi berterusan untuk menangani gangguan maritim, gangguan, dan penyitaan kapal komersial dan kapal tangki minyak oleh tentera Amerika Syarikat,

“kapal pemusnah DDG-103 dan DDG-8 yang menceroboh telah berlepas dari Laut Oman menuju ke Lautan Hindi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah bahawa susulan operasi ini dan baru-baru ini, kapal serangan amfibia USS Tripoli juga terpaksa meninggalkan Laut Oman bersama kapal pemusnah.

Pusat Perintah dan Kawalan Operasi Tentera Laut Iran menyatakan bahawa walaupun kapal asing telah bergerak keluar dari julat peluru khusus yang digunakan, peluru berpandu jarak jauh masih tersedia untuk digunakan jika diperlukan.