Timbalan Pesuuhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, antara usaha yang dilakukan termasuk mengadakan
‘piket’ himpunan para pesawah dan serahan memorandum menuntut hak para petani kepada Menteri Besar sendiri, Dato’ seri Ahmad Said.
“beberapa usaha telah kita buat termasuk ‘berpiket’ untuk menuntut hak (petani) yang hendak dirampas, tidak cuku (dengan) itu, kita bawa suara ini ke Wisma Darul Iman,
“kita keluar beramai-ramai (berhimpun) di perkarangan Wisma Darul Iman dan kita menyerahkan memorandum rakyat ini kepada kerajaan….serah tangan kepada Menteri Besar sendiri,
“tapi hingga kini (tidak semua) tuntutan dipenuhi, hanya sebahagian sahaja diberi perhatian dan ditunaikan,”katanya.
Beliau yang uga Penerusi Lujnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis ‘Sepetang Bersama Exco Pertanian Kelantan’ di Kampung Jelapang pada Sabtu 21 Oktober.
Menurut Haji Muhyiddin, perkara pokok yang masih tidak diselesaikan adalah berkenaan hak milik tanah para petani yang telah diusahakan sejak hampir 40 tahun yang lalu.
Beliau menyeru supaya para petani Kampung Jelapang terus istiqamah menuntut hak pemilikan tanah tersebut sehinggalah hak tersebut di penuhi.
Oleh itu, beliau mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, PAS berjanji secara bertulis dalam manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang akan menyelesaikan pemilikan tanah terbabit.
“bagi pihak Perhungan PAS Negeri Terengganu, kita berjanji dalam manifesto, jika kita (dapat) memerintah (selepas PRU-13) kita akan selesaikan tanah ini (dan) kita akan berikan geran terus,
“ini janji kita kita (PAS) kepada rakyat Terengganu,”tegasnya.




























