Pemuda Tonggak Gerak Kerja Masyarakat

34

DUNGUN – Pemuda mestilah menjadi tonggak gerakerja masyarakat dan tidak boleh bersikap eksklusif sehingga tiada komunikasi sosial.

Naib Presiden PAS Pusat, Dato’ Nik Amar Nik Abdullah berkata sentuhan dalam PAS mestilah dilakukan setiap masa, politik melibatkan penyertaan semua pihak dan melaksanakan khidmat masyarakat dengan menjual nama dan perkhidmatan parti.

“Bentuk pengurusan jenazah dari kalangan orang muda, petugas kenduri keraian juga diperlukan pada masa ini sebagai bentuk sumbangan kepada komuniti demi menarik sokongan dan penyertaan masyarakat kepada PAS ,

“Islam mesti berada dalam masyarakat dalam masyarakat dan sentiasa berdampingan dengan mereka di semua peringkat, “katanya.

Dato’ Nik Amar berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Kawasan Dungun kali ke 49 di Wisma Dewan Pemuda PAS Dungun di sini pada 23 Mei.

Beliau menyifatkan berpolitik seperti bermain bola yang memerlukan persediaan fizikal dan mental kerana kita boleh tewas bila -bila masa sekiranya terleka.

“Cabaran besar bila kita menang, kita tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang ada, mengekalkan kemenangan agak susah dan ternyata memenatkan serta memerlukan kesabaran dan kecekalan,” tegasnya.

Katanya, kemenangan mesti dikekalkan sampai bila-bila,. kemuncaknya ke Putrajaya dan ‘perjalanan’ ke Putrajaya semakin dekat.

“Kita mesti mengekalkan kemenangan di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis dan menawan negeri-negeri yang berpontensi seperti Pahang dan Perak ,” ujarnya.