Terengganu, Malaysia

Tuan Guru Abdul Hadi Turun Padang Beri Sokongan Kepada Calon PAS di Bukit Katil

FB_IMG_1793429509099

MELAKA – Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.

Kehadiran beliau di Dewan Tun Ali itu memperlihatkan sokongan kepimpinan tertinggi PAS terhadap calon parti berkenaan yang bakal membawa cabaran PN di kawasan tersebut.

“Kehadiran pimpinan dan penyokong PN dan BN yang bersama-sama memberikan sokongan mencerminkan semangat kerjasama serta komitmen dalam menghadapi pilihan raya ini,” jelasnya dalam laman sosial rasminya hari ini.

Menurutnya, semua pihak diharapkan dapat mendoakan agar calon PN dan BN diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi PRN Melaka.

Beliau turut berharap amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik demi kepentingan masyarakat.

Untuk rekod, DUN Bukit Katil menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Adly Zahari, calon Parti Bersama, Dr Aliza Che Amran dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan