MELAKA – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil, Ridzuan Sarif menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas kesudian hadir memberikan sokongan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.
Beliau berkata, kehadiran pemimpin tertinggi PAS itu amat dihargai, selain mendoakan agar Abdul Hadi sentiasa dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin serta membimbing mereka.
“Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan ucapan terima kasih seikhlas hati buat Ayahanda Tuan Guru kerana sudi hadir bersama-sama pada hari penamaan calon ini.
“Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan kekuatan buat Ayahanda Tuan Guru untuk terus memimpin dan membimbing kami,” jelas menerusi kenyataan yang dikongsikan hari ini.

Abdul Hadi hadir di Dewan Tun Ali bagi memberikan sokongan kepada Ridzuan yang bertanding mewakili PN di kerusi berkenaan.
Ridzuan kertas undi nombor dua bakal menghadapi pertandingan empat penjuru menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Adly Zahari daripada Pakatan Harapan (PH) kertas undi nombor satu, Dr Aliza Che Amran daripada Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) kertas undi nombor dua dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin kertas undi nombor 3.









