RM600K Diperlukan Untuk Binaan Baharu Surau Lama Sungai Buaya

62

DUNGUN – Sebanyak RM600,000 diperlukan untuk menyiapkan pembinaan dua tingkat bangunan baharu Surau Lama Sungai Buaya yang merangkumi ruang solat, bilik mesyuarat dan dewan aktiviti.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, infak daripada orang ramai sangat diperlukan Untuk menampung kos tersebut.

“Pihak Surau Lama Sungai Buaya masih lagi mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan untuk pembinaan surau ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan kerja-kerja tuangan simen konkrit ‘footing’ sebagai asas pembinaan baharu Surau Lama Sungai Buaya pada 19 Mei..

Sementara itu, Pengerusi surau, Tengku Mohd Hisham Tengku Ambak berkata, keperluan membina sebuah surau baharu itu timbul setelah melihat keadaan premis yang terlalu uzur.

“struktur surau yg di makan anai-anai, membaik pulih sudah tidak sesuai lagi.

“jadi pada 17 Feb 2026 lalu, kita buat pelancaran kutipan dana pembinaan surau yang disempurnakan oleh YB Dr Din(YB Dr Tengku Mohammad Fakhruddin Tengku Mohd Fakaruddin, Ketua Pemuda PAS Dungun),

“19 April 2026, kerja-kerja meroboh surau lama bermula bagi memberi laluan pembinaan baharu surau lama,” katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak yang prihatin dan ‘muhsinin’ untuk menyumbang ‘fisabilillsh’ bagi menyiapkannya.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun SURAU LAMA SUNGAI BUAYA No Akaun : 563091079032 (MAYBANK)

“Sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Ustaz Sufiyan di talian 0199140414 atau Haji Nafi di talian 019 934 5732 atau Encik Mohd di talian +60 19-986 8890, ” jelas Tengku Mohd.